Lakukan rawatan awal


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

MUTAKHIR ini banyak bencana alam berlaku. Kajian-kajian psikologi cuba melihat sejauh mana semua bencana ini memberikan kesan psikologi kepada mangsa mahupun petugas-petugas penyelamat yang terlibat.
 
Antara satu kesan yang selalu dilaporkan ialah gangguan stres selepas trauma atau post-traumatic stress disorder (PTSD). Ada antara mereka yang terlibat mungkin mengalami tekanan, gangguan tidur, trauma atau memencilkan diri daripada masyarakat.
 
Bagaimana mereka yang berhadapan dengan masalah PTSD hendak meneruskan kehidupan?
 
Umum mengetahui stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi, malah jika ia berlarutan, mereka yang mengalaminya berdepan masalah tidak mampu berfikir dengan baik sekali gus gagal mengecapi nikmat kehidupan seharian.
 
Sama ada sedar atau tidak, tekanan dalam jangka panjang menjurus kepada risiko pelbagai masalah kesihatan mental seperti kegelisahan, kemurungan, pemakanan tidak teratur dan penyalahgunaan dadah.
 
Malah, stres juga dikaitkan beberapa penyakit berbahaya seperti migrain, ulser, pedih ulu hati, tekanan darah tinggi, PMS, ketidaksuburan, obesiti, sindrom pencernaan yang terganggu serta pelbagai masalah kulit.
 
Walaupun sukar mengelakkan punca stres secara menyeluruh, kita mampu berusaha untuk menangani tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.
 
Amerika Syarikat misalnya, mewujudkan Klinik Stres Tentera untuk tenteranya yang berkhidmat di Iraq. Kebanyakan mereka stres akibat pertempuran atau kekecewaan disebabkan perceraian kerana terlalu lama meninggalkan rumah.
 
Berbincang
 
Hasilnya, selama beberapa jam atau mungkin beberapa hari, askar yang berdepan dengan masalah boleh berbincang mengenai masalah mereka, menerima rawatan atau semata-mata tinggal di klinik untuk seketika bagi berehat.
 
Kajian tentera atau badan bebas menunjukkan ramai veteran perang Iraq atau Afghanistan memperlihatkan mereka berdepan masalah psikologi apabila pulang kelak.
 
Lebih memeritkan ada antara mereka yang membunuh diri. Ibu pejabat tentera Amerika di Washington mengakui lebih cepat masalah stres ditangani di medan tempur, kejayaan merawat mereka akan lebih berkesan.
 
Ini antara segelintir contoh yang boleh diambil iktibar.
 
Justeru mereka yang berdepan dengan bencana seperti gempa bumi, peperangan atau kemalangan juga perlu dibantu agar mereka dapat menangani stres.
 



Elak Sebelum Kena Rawat Sebelum Terlambat
8



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker