Mee kuning yang mengandungi Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai). Asid borik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci fungus dan kulat. Digunakan sebagai detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia.
Jika anda sudah membeli
mee kuning sila buat eksperimen kendiri dengan merendam sedikit mee dalam air kunyit. Jika air kunyit bertukar menjadi merah, ini bermakna terdapat asid borik di dalam mee yang digunakan untuk memastikan mee tidak berkulat.
Asid borik boleh menyebabkan barah @ kanser. E. coli pula merupakan kuman yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Boleh menyebabkan keradangan usus dan keracunan makanan. Menyebabkan dihidrasi, cirit-birit dan boleh membawa maut.
Bahaya Asid Borik
Tahukah anda bahawa banyak pengusaha yang menggunakan asid borik sebagai pengawet dalam produk makanan seperti
mee kuning. Asid borik merupakan bahan yang berbahaya untuk kesihatan manusia.
Disini kami ingin kongsikan tentang bahayanya asid borik untuk kesihatan manusia. Persoalannya apa itu asid borik? Haaa… Asid borik merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).
Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan bukannya untuk mengawet makanan.
Individu yang makan makanan yang mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, cirit birit, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang, barah dan kematian.
Apakah asid borik?
- Kimia berwarna putih seakan-akan Kristal
- Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi tanpa preskripsi
- Bahan antiseptic, antikulat dan antivirus
- Digunakan merawat dubur dan faraj daripada jangkitan kulat
- Pembunuh kuman penyakit kulat
- Terdapat dalam kebanyakkan produk perubatan farmasi untuk penyakit luaran
- Boleh menyebabkan keracunan, gastrousus kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan
Untuk makluman air kunyit bukan satu-satunya cara untuk menentukan kandungan asid borik dalam sesuatu makanan. Kandungan asid borik boleh ditentukan melalui Ujian Makmal.
Baca Lebih Banyak Info Kesihatan Disini