Jangkitan permukaan kulit

Jangkitan permukaan kulit
Antara fungsi utama kulit manusia adalah melindungi struktur bawahnya daripada jangkitan kuman. Bagaimanapun, bahagian kulit kita juga terlekat beberapa jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan berlaku.
 
Jangkitan permukaan kulit ini dipanggil cellulitis. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian permukaan kulit. Kawasan paling kerap dijangkiti ialah kaki dan muka.
 
Jangkitan kuman berlaku apabila terdapat lapisan kulit yang terpisah seperti luka atau digaru akibat kegatalan. Individu berisiko adalah mereka yang menghidap kencing manis, bengkak kaki seperti pesakit lemah jantung, rosak hati atau buah pinggang, pesakit imunisasi rendah seperti penghidap HIV, pesakit ekzema dan warga emas.
 
Bakteria menjangkiti lapisan kulit manusia iaitu jenis staphylococcus dan streptococcus. Kedua-dua jenis bakteria ini sering menghuni bahagian kulit dan hanya menunggu lapisan kulit terbuka atau terkoyak sebelum merebak di bahagian kulit manusia.
 
Pemeriksaan klinikal cukup untuk mengenal pasti jangkitan kulit cellulitis. Biasanya kawasan yang dijangkiti bakteria akan bengkak dan kemerahan.
 
Ia merebak dengan cepat dan kawasan merah itu akan meluas. Demam jarang berlaku, jika ada, ini bermakna kuman itu telah merebak dengan banyak dan berjaya memasuki saluran darah. Biasanya jangkitan ini tidak gatal dan tidak bernanah.
 
Pemeriksaan klinikal perlu membezakan cellulitis dengan alahan dan penyakit gout. Ada kala ujian darah boleh dilakukan untuk mengesahkan ia jangkitan dan bukannya gout atau alahan.
 
Hampir 95 peratus pesakit cellulitis akan sembuh dengan pemberian antibiotik sesuai. 
 
Kebanyakannya mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk sembuh.
 
Ada kala pengambilan antibiotik tidak dapat mengawal jangkitan kuman berkenaan. Ini sering terjadi terutama bagi pesakit kencing manis tidak terkawal dan mereka yang mengalami masalah imunisasi lemah. Risiko berlaku komplikasi amat tinggi.
 
Antara komplikasi adalah nanah di bawah kulit dan dalam daging pesakit. Ini menyebabkan pengambilan ubat secara makan tidak dapat membantu.
 
Nanah menyebabkan pesakit mula merasa sakit pada kawasan itu, kemerahan semakin membesar, demam, menggigil, hilang selera makan dan ada kalanya muntah.
 
Selain itu kuman itu boleh merebak ke lapisan selaput otot pesakit dan menyebabkan simptom hampir sama dengan nanah tadi berlaku. Dalam keadaan seperti ini pemberian antibiotik secara makan tidak dapat membantu.
 
Untuk kedua-dua kes ini, pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengeluarkan nanah dan jangkitan berkenaan. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak ke dalam salur darah seterusnya bergerak ke organ lain seperti otak, paru-paru, buah pinggang dan hati. Selain itu, pemberian antibiotik melalui suntikan perlu untuk mengawal kuman itu.
 
 
 

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2