Ubah gaya hidup jadi lebih sihat

Walaupun secara umumnya serangan jantung lebih kerap berlaku pada golongan berumur, namun disebabkan gaya hidup tidak sihat, penyakit yang boleh membawa maut ini turut melanda orang muda, malah ada pesakit tidak sempat mencecah umur 40 tahun.
 
Hakikatnya, penyakit jantung boleh dielakkan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Persoalannya bilakah masa yang sesuai untuk mula menjaga jantung kita? Bagaimanakah caranya?
 
Pertama, gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang perlu dimulakan sejak kecil supaya amalan baik ini dapat diteruskan sepanjang hayat. Antara panduan umum untuk menjaga kesihatan jantung ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup yang tidak sihat kepada lebih sihat.
 
Kawalan berat badan
 
Kegemukan sering mencetuskan masalah kesihatan lain seperti paras kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Justeru, kurangkan berat badan supaya berada dalam julat normal dan sihat. Masalah kegemukan ini mungkin disebabkan tabiat makan berlebihan yang diamalkan sejak kecil lagi. 
 
Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif menyebabkan kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Kolesterol yang berada dalam badan akan mendap di dinding salur darah khususnya di jantung kerana saiz salur darahnya amat halus. Ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Apabila aliran darah ke jantung terhalang, maka serangan jantung boleh berlaku.
 
Pemakanan
 
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, elakkan makanan berlemak termasuk yang bergoreng dan menggunakan banyak santan. Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak dan mengelakkan makanan yang mengandungi kolesterol iaitu telur, mentega, hati, otak dan sebagainya.
 
Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dikurangkan. Sebaliknya gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus dan panggang. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengawal berat badan. 
 
Berhenti merokok
 
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung adalah perokok. Jika anda perokok, bersyukurlah jika anda masih diberi peluang meneruskan hidup selepas mendapat serangan jantung. Antara cara untuk bersyukur ialah dengan berhenti merokok kerana ia juga akan memberi kesan besar kepada kesihatan ahli keluarga secara keseluruhan. 
 
Bersenam
 
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Lakukan pergerakan mudah sama ada berjoging, berjalan dan mengayuh basikal atau sebarang senaman kardio. Senaman ini perlu dibuat secara teratur kerana dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Senaman secara teratur membantu menguatkan jantung dan menstabilkan tekanan darah.
 
Perubahan gaya hidup
 
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Gaya hidup ini bukan saja boleh menjaga tubuh kita, malah memastikan kesihatan berpanjangan.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2