Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil begitu dikenali terutama di negara barat. Permintaannya di pasaran kian meningkat dan dijangka akan terus meningkat seiring dengan penemuan saintifik masa kini. Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan Minyak Kelapa Dara.

Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang tidak menerima rawatan kimia atau haba yang berlebihan. Dengan kata lain, ia merupakan minyak yang dapat mengekalkan kandungan nutriennya selepas diproses.

Kebanyakan minyak yang terdapat di pasaran terutamanya minyak masak, merupakan minyak yang telah ditulenkan, dilunturkan dan dinyahbau (refined, bleached and deodorized). Minyak jenis ini telah diberikan rawatan kimia dan haba yang tinggi sehingga mencecah 230° C. Rawatan haba yang tinggi menyebabkan segala kebaikan semulajadinya seperti anti-oksidan musnah atau terbuang semasa pemprosesan. Minyak kelapa yang menerima rawtan haba yang tinggi akan mempunyai warna kekuningan berbanding dengan Minyak Kelapa Dara yang tidak berwarna (colourless).

Keistimewaan Minyak Kelapa Dara sebenarnya telah lama diperkatakan. Walau bagaimanapun masyarakat kita di Malaysia masih tidak menyedarinya dan masih lagi diberikan maklumat yang tidak tepat tentang minyak kelapa. Kita masih fobia dengan penemuan saintifik dari negara barat terutama yang dibuat oleh ‘American Soybean Association’ (ASA) yang mengatakan pengambilan asid lemak tepu menyebabkan peningkatan kolestrol di dalam darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung.

Kenyataan yang dibuat oleh ASA adalah sebahagian daripada usaha pihak berkenaan dalam kempen memulaukan minyak sawit. Pada masa ini para saintis berpendapat minyak yang mengandungi asid lemak trans adalah lebih berbahaya daripada asid lemak tepu.

Asid lemak tepu boleh dibahagikan kepada tiga ketagori iaitu asid lemak tepu berantai pendek, asid lemak tepu berantai sederhana dan asid lemak tepu berantai panjang. Minyak kelapa mengandungi 60% asid lemak tepu beantai sederhana. Kajian mendapati penguraian asid lemak tepu berantai sederhana oleh badan manusia adalah berbeza dengan asid lemak tepu berantai panjang.

Asid laurik, iaitu salah satu asid lemak tepu berantai sederhana, akan terus diserap ke saluran darah dan dihantar ke hati. Disini asid ini tidak akan disimpan sebaliknya akan dibakar untuk mendapatkan tenaga, sama seperti sifat karbohidrat. Manakala asid lemak tepu berantai panjang, asid lemak mono tak tepu, asid lemak poli tak tepu serta kolestrol tidak akan terus dibakar sebaliknya akan dikumpulkan bersama protein untuk membentuk sebatian yang dinamakan ‘lipoprotein’ yang akan diedarkan ke aliran darah.

Ketidakseimbangan antara pengambilan kumpulan asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu dalam pemakanan akan menyebabkan meningkatnya aras kolestrol dalam darah.

Misteri minyak kelapa kini telah terbongkar. Testimoni demi testimoni telah diperolehi dan semuanya mengakui Minyak Kelapa Dara berkesan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan aras kolestrol dalam darah, memperbaiki keadaan pesakit kencing manis dan pesakit tiroid, sangat sesuai digunakan kepada mereka yang keletihan dan ingin cepat pulih atau mendapatkan tenaga segera.

Kajian penyelidikan masa kini telah menukar persepsi dunia tentang Minyak Kelapa Dara. Dr Mary Enig, seorang pakar biokimia pemakanan dari USA mengakui bahawa Minyak Kelapa Dara satu-satunya minyak semulajadi yang mengagumkan dan sepatutnya dihargai.

Minyak yang dimakan akan diuraikan oleh sejenis ezim, yang terdapat dalam badan manusia, dikenali sebagai ‘pancreatic lipase’. Enzim ini akan menguraikan minyak kelapa kepada monolaurik dan asid laurik. Monolaurik dan asid laurik yang terbentuk akan meresap ke dalam saluran darah dan bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat dan anti-protozoa.

Bahan aktif ini didapati berkesan mengubah atau menyahsruktur sel membran bakteria, kulat dan virus menyebabkan pembiakan mereka terhenti. Yang menakjubkan, bahan ini hanya bertindak kepada sel membran bakteria patogen (gram positif) dan didapati tidak bertindak kepada bakteria semulajadi yang terdapat dalam perut.

Kajian mendapati monolaurik bertindak kepada 15 jenis virus termasuk virus HIV. Ujikaji terkini yang dilakukan di Filipina mendapati jumlah pesakit AIDS berkurangan apabila minyak ini dijadikan sebagai makanan tambahan berfungsi (Functional Food). Pesakit didapati lebih bertenaga dan sihat.

Setiausaha Kementerian Kesihatan Filipina dalam satu mesyuarat pada tahun 2003 telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa minyak kelapa merupakan agen yang lebih kuat (potent) untuk meningkatkan tahap ketahanan tubuh dalam menentang selesema burung (SARS) berbanding dengan Vitamin C.

Selain virus, bahan ini juga dikenalpasti dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Listeria Monocytogenes yang menyebabkan keracunan makanan, Helicobacter Pylon yang menyebabkan luka dalam perut, Staphylocuccus yang menyebabkan keracunan mekanan dan jangkitan saluran kencing, Neisseria yang menyebabkan menigitis dan gonorrhea, dan Chlamydia yang menyebabkan jangkitan genital, konjuktivitis, pneumonia dan lymphogranuloma.

Kajian untuk meningkat kandungan monolaurik pada Minyak Kelapa Dara telah dimulakan di Pusat Penyelidikan Bioteknoloji, MARDI pada tahun 2004. Projek dua tahun tajaan IPPA ini diharap akan dapat menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Untuk meningkatkan sistem ketahan tubuh, anda disyorkan menganbil lebihkurang 50ml atau 3.5 sudu kecil Minyak Kelapa Dara atau 66gram kelapa parut sehari. Anda yang menghadapi masalah yang disebutkan di atas atau disahkan doktor mengidap jangkitan virus, bakteria, fungus (kulat) dan protozoa bolehlah mencubanya!

Ia adalah ANTI-BIOTIK SEMULAJADI yang pengambilannya secara berlebihan tidak akan memudaratkan badan manusia. Minyak Kelapa Dara juga sesuai digunakan sebagai pelembap kulit yang pastinya kaya dengan bahan antioksidan.

Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara BioVCO


Khasiat Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak Kelapa Dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini MMinyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?



>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Testimoni Pengguna


Khasiat Minyak Kelapa Dara













Penghantaran PANTAS menggunakan Korier Poslaju

Apa kata Mereka











Klik Disini Untuk ORDER Melalui Whatsapp @ +60133014262

Klik Disini Untuk ORDER Online / Kad Kredit




Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2