Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan | BioVCO.com SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mem­punyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.

Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati,Minyak Kelapa Dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.

Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, Minyak Kelapa Dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.

Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, Minyak Kelapa Dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

Perbezaan Minyak Kelapa Dara dengan minyak kelapa biasa


Minyak Kelapa Dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakterianya.

Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.

Oleh kerana Minyak Kelapa Dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.

Selain itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik, apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung. Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.

Kita perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan Minyak Kelapa Dara lenyap:


Minyak Kelapa Dara adalah suatu kejadian Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan. Minyak Kelapa Dara tidak boleh dipaten. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi an­tarabangsa khuatir jualan ubat-ubat moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi.

Faktor Minyak Kelapa Dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah sesuatu yang amat merugikan kepada syarikat-syarikat besar itu.

Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an terus mematikan daya saing minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur.

Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia. Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan menurut kepentingan perniagaan global mereka.

Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang akan mengatakan Minyak Kelapa Dara berfungsi untuk kesihatan.

Kini industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.

Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden Barat, Minyak Kelapa Dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global.

Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi Minyak Kelapa Dara di samping minyak sawit yang sedia terkenal.

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?


SOAL JAWAB Mengenai Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak Kelapa Dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara BioVCO yang 100% ORGANIK?

>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Testimoni Pengguna


Khasiat minyak kelapa dara adalah dari minyaknya yang kaya dengan nutrien

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia.

Khasiat minyak kelapa dara adalah dari minyaknya yang kaya dengan nutrien

Khasiat Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat





Penghantaran PANTAS menggunakan Korier Poslaju

Apa kata Mereka

Khasiat Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Khasiat minyak kelapa dara adalah dari minyaknya yang kaya dengan nutrien

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia.


Khasiat Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.

Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!

Khasiat minyak kelapa dara adalah dari minyaknya yang kaya dengan nutrien
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia.

$alt2