Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.

Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.

Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

TANDA-TANDA

Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

KOMPLIKASI

- Angin ahmar ( stroke ).
- Serangan jantung.
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
- Kegagalan buah pinggang.

SEBAB

Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:

- Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.

- Keturunan.
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
- Merokok.
- Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
- Stres yang berlebihan.
- Diabetes.
- Penyakit buah pinggang.
- Penyakit adrenal.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

- Berhenti merokok.
- Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Bersenamlah selalu.
- Kurangkan stres atau tekanan.
- Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
- Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.

PETUA MENCEGAH

- Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
- Jangan merokok
- Jauhi alkohol.
- Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
- Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
- Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
- Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.

Pencegahan / rawatan tanpa ubat

BioVCO boleh membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri (salur darah). Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat.

Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah. BioVCO boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah ke seluruh badan.

'BioVCO' dihasilkan melalui kaedah bioteknologi proses, tanpa bahan pengawet dan bahan kimia, 100% Organik, tiada proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tiada kesan sampingan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Peredaran darah yang Sihat & Tekanan Darah

 
Peredaran darah yang sihat berlaku apabila darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh kerana ia sangat penting dalam menyokong kesihatan secara keseluruhannya.
 
Apabila peredaran tidak seimbang, tisu tidak mendapat nutrien yang mencukupi dan darah tidak sampai kebahahagian tertentu dalam tubuh.
 
Berdasarkan TESTIMONI pengguna sejak tahun 2005 BioVCO terbukti mampu untuk mengelakkan pembekuan darah, menghalang platelet dan pengagregatan sel darah merah, mengurangkan kelikatan darah dan mengurangkan keradangan atau CRP.
 

Pengambilan BioVCO secara tetap boleh membantu:

 
Menyokong tahap tekanan darah yang sihat
Meningkatkan peredaran darah
Menyokong kesihatan kardiovaskular keseluruhannya
Mengurangkan kebas di tangan dan kaki
 

Apa Kata Pengguna BioVCO

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi



Tekanan darah tinggi








 


Tekanan darah tinggi


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2