Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?
Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.
INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau
* Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
* Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.
Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:
1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai polyphenols membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.
2) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
3) Penggunaan herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.
4) Belajar mengawal tekanan
Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
5) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.
BioVCO mampu membunuh Bakteria
BioVCO mampu mencegah bau mulut, kerosakan gigi dan penyakit gusi. Gigi akan menjadi lebih sihat dengan BioVCO disamping menjadikan nafas lebih segar, gusi dan gigi yang leih sihat. Minyak kelapa dara juga dapat membantu membunuh kuman pada mulut dan gigi. Ia juga boleh membantu masalah Pernafasan dan mulut berbau. Ini kerana ia memiliki sifat :
Anti-bakteria (membunuh bakteria yang menyebabkan ulser, jangkitan tekak, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi, dan lain-lain jangkitan bakteria)
Anti-karsinogenik (BioVCO mempunyai sifat-sifat antimikrobial sehingga ia berkesan menghalang penyebaran sel-sel kanser dan meningkatkan sistem imun)
Anti-kulat (membunuh kulat dan ragi yang membawa kepada jangkitan)
Anti-radang (ia mempunyai kesan langsung untuk menghalang keradangan dan pembaikan tisu, dan ia juga boleh menyumbang dengan menghalang mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan keradangan kronik.)
Anti-mikrob / Jangkitan (asid lemak rantaian sederhana dan monoglyceride yang terdapat dalam BioVCO adalah sama seperti susu ibu, dan ia mempunyai sifat antimikrob luar biasa) Dengan mengganggu struktur lipid mikroba, ia tidak mengaktifkannya.
Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO Secara Kosisten?