SAKIT perut dan rasa pedih ulu hati akibat masalah penghadaman adalah perkara biasa dialami semua orang, terutama apabila makan tergesa-gesa atau dalam keadaan tertekan. Masalah penghadaman lebih kerap berlaku pada individu yang sibuk bekerja dan kerap menunda waktu makan serta sangat jarang bersenam.
Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dan mengganggu prestasi di tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup kita.
Makan untuk memberi khasiat kepada badan supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah konsep yang mudah tetapi kadang kala agak sukar untuk dilakukan, terutama bagi individu yang sibuk dan kerap mengambil makanan segera. Kerap juga kita makan kerana sebab yang tidak kena - bosan, sedih, mahu mententeramkan diri sendiri atau untuk memenuhi kehendak makan; bukan kerana lapar.
Makan dengan alasan yang disebut di atas akan mendorong kita memilih makanan dan membentuk tabiat pemakanan kurang sihat yang akhirnya menyebabkan kita mengalami masalah pencernaan. Langkah pertama ialah makan mengikut waktu atau jadual - dimulakan dengan sarapan (walaupun hanya segelas susu dan sekeping roti); makan tengah hari dan malam dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda. Makan dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa boleh merencatkan penghasilan asid hidroklorik dan enzim yang diperlukan untuk pencernaan. Jika kita mengunyah makanan perlahan-lahan, lebih banyak air liur akan dihasilkan dan enzim emilase dalam air liur akan membantu memecahkan makanan. Makanan yang hancur mudah dicerna di dalam perut dan penyerapan khasiat juga menjadi lebih baik.
Pilih makanan yang mengandungi banyak enzim seperti pisang, nanas, betik dan madu asli. Pada masa sama kita boleh mengamalkan makan yogurt yang mengandungi probiotik untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus atau mengambil probiotik dalam bentuk kapsul. Jangan ?tolak? makanan ke dalam perut dengan minuman atau makan bersulam air. Kini kebanyakan gerai dan restoran menawarkan set hidangan yang dilengkapi minuman manis. Mungkin ramai yang tidak sedar minum banyak ketika makan boleh mengganggu proses pencernaan kerana kita biasanya 'menolak' makanan untuk masuk cepat ke dalam perut dengan minuman.
Ia juga akan 'mencairkan' kepekatan asid hidroklorik dan enzim dalam perut. Seeloknya minum 20 hingga 30 minit sebelum atau selepas makan. Jika terpaksa, minumlah sedikit ketika makan dan bawalah air minuman itu balik untuk dinikmati kemudian.
Hadkan saiz hidangan anda atau makan sedikit tetapi kerap. Makan terlalu banyak satu-satu masa boleh memberi tekanan kepada perut dan seluruh sistem pencernaan untuk bekerja lebih keras. Apabila perut mengandungi terlalu banyak makanan, asid hidroklorik dan enzim pencernaan dalam perut tidak dapat bertindak dengan cekap dan mengambil masa lebih lama untuk mencernakan semua makanan.
Panduan Untuk Meningkatkan Pencernaan
# Minum segelas air suam yang dicampurkan satu camca makan jus lemon. Anda boleh campurkan sedikit madu jika suka.
# Ambil segelas lassi pada waktu makan tengah hari. Lassi dikatakan dapat membantu flora dalam usus untuk berfungsi dengan lebih baik. Elakkan mengambil lassi pada waktu malam.
# Makan satu hiris halia segar yang diperah sedikit jus lemon. Jika anda tidak lalu hendak menelan halia, minumlah perahan halia segar yang dicampur dengan jus lemon dan air suam; antara 30 hingga 60 minit sebelum makan.
# Jangan tinggalkan sarapan. Pilih sarapan yang ringan dan mudah dihadam seperti bijirin sarapan atau buah-buahan.
# Masak menggunakan bahan yang boleh merangsang sistem pencernaan seperti halia, kunyit, jintan putih atau ketumbar. Ia juga dipercayai dapat membantu menyingkirkan bahan toksik daripada badan dan meningkatkan penyerapan serta pengagihan nutrien makanan. Makanan yang sukar dihadam seperti kacang dal perlu dimasak dengan bahan ini untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kembung perut.
# Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein dan berkarbonat. Sebaliknya gantikan dengan teh herba.
# Kurangkan snek di antara waktu makan kerana sistem pencernaan kita memerlukan rehat secukupnya untuk bekerja semula, terutama selepas makan tengah hari dan malam. Mengikut kaedah rawatan moden, kita disaran untuk makan empat jam sekali yang memberikan usus waktu rehat yang cukup. Jika berasa lapar, makanlah buah-buahan yang mudah dihadam dan tidak mengandungi banyak kalori.
# Elakkan minuman berais kerana dipercayai boleh mengurangkan kecekapan pencernaan. Pengamal perubatan tradisional Cina juga percaya badan kita memerlukan cecair suam atau pada suhu bilik dan bukannya sejuk. Air suam dan rempah masakan dikatakan boleh membantu pencernaan.
# Kurangkan makanan mentah kerana lebih sukar untuk dicerna. Untuk sayur, kukus atau celur seketika untuk 'melembutkannya' tanpa menghilangkan vitamin dan zat lain di dalamnya.
# Makan makanan yang segar dan kurangkan makanan berproses atau dalam tin.
Rawatan Semulajadi Sistem Penghadaman Dan Sembelit Dengan BioVCO
BioVCO dapat mencegah dan mengurangkan sembelit dan masalah pada sistem penghadaman. Kajian telah menunjukan berbagai manfaat kesihatan dapat diperolehi dengan mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara BioVCO setiap hari.
Bukan sahaja membantu mereka yang menghadapi masalah sembelit tetapi bertambah sihat dan mendapat lebih banyak tenaga selepas mengamalkan pengambilannya.
Perkara unik pada BioVCO adalah kerana ia tidak berubah menjadi lemak seperti minyak lain. Malah ia boleh membantu menurunkan kolesterol. Orang-orang yang menggunakan minyak kelapa dara bukan sahaja tidak mengalami masalah sembelit, tetapi mereka juga mendapatkan manfaat kesihatan yang lain.
BioVCO mengandungi asid lemak rantaian sedarhana dimana ia terdapat di dalam Air Susu Ibu (ASI). Ia membantu meningkatkan metabolisme yang boleh menyebabkan penurunan berat badan.
Selain itu, asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam
BioVCO dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu untuk melawan jangkitan, bakteria jahat, kulat dan penyakit. BioVCO juga dapat bertindak sebagai antivirus, antibakteria dan antikulat.
Kelapa telah digunakan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia selama beribu-ribu tahun dahulu. Ia bukan sahaja menjadi sebagai sumber makanan, tetapi juga sebagai ubat. Kajian demi kajian akhirnya menemui BioVCO boleh digunakan untuk membantu merawat dan mencegah pelbagai masalah kesihatan.
Jika anda mengalami sembelit dan sistem penghadaman BioVCO dapat membantu mengatasinya. Kerana ia juga dikenali sebagai minyak 'diet paling menyihatkan di mukabumi.' BioVCO boleh digunakan untuk membakar dan memasak dan boleh ditambah pada salad.
Apa Kata Pengguna BioVCO Untuk Mengatasi Sembelit
Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.
Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!