Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan MEMILIKI kulit wajah yang cantik dan licin menjadi impian setiap wanita. Namun, dalam keghairahan mendapatkan kulit wajah yang mulus, ramai kalangan wanita lebih gemar merujuk kepada pakar kecantikan berbanding pakar kulit.

Pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.

Malah sikap wanita itu sendiri yang terlalu menekankan kecantikan wajah sehingga mengabaikan aspek kesihatan, menjebak mereka kepada pelbagai risiko yang mengundang masalah seperti kecacatan wajah dan sebagainya.

Naib Presiden Persatuan Dermatolgy Malaysia, Dr. Mardziah Alias berkata, masalah tersebut bukan baru di negara ini, malah pihaknya telah menggunakan pelbagai cara termasuk menghebahkan maklumat menerusi media massa dan juga Internet bagi mendidik masyarakat khususnya kaum wanita mengenai rawatan kulit wajah.

Kita telah menggunakan pelbagai cara bagi mendidik orang ramai dan usaha ini kita lakukan secara berterusan. Malangnya, masih ada di kalangan pengguna yang enggan mendengar nasihat atau mendapatkan pandangan daripada pihak ketiga sebelum membuat rawatan kulit wajah di mana-mana pusat kecantikan di negara ini, katanya.

Beliau yang juga merupakan Pakar Kulit Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) memberitahu, masalah kulit walaupun hanya membabitkan jerawat yang kecil, individu yang perlu dirujuk ialah pakar kulit kerana hanya mereka yang lebih arif mengenai anatomi manusia.

Katanya lagi, jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang perlu dirawat oleh doktor dan bukannya oleh pakar kecantikan menerusi penggunaan produk kosmetik yang mungkin ada kesan sampingan terhadap kulit manusia.

Pakar kecantikan bukan doktor dan orang yang lebih mahir adalah pakar kulit terutamanya bila seseorang pesakit itu ada masalah jerawat.

Jerawat adalah satu penyakit yang hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit di mana jika hendak melakukan sesebuah prosedur rawatan mereka tahu apa yang hendak dibuat termasuk merawat alahan atau kesan sampingan pada kulit muka pesakit, ujarnya.

Menurutnya, ramai di kalangan pengguna masih tidak menyedari bahawa kos rawatan yang ditawarkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan di pusat-pusat kecantikan.

Tambah Dr. Mardziah, sekiranya prosedur rawatan tidak melibatkan pembedahan, kos yang akan dikenakan kepada pesakit hanya membabitkan ratusan ringgit dan ia tidak mencapai perbelanjaan empat angka.

Jika pesakit memerlukan pembedahan atau pun rawatan laser sudah tentu kosnya lebih mahal, tetapi untuk rawatan biasa perbelanjaannya tidaklah semahal rawatan di pusat kecantikan yang melibatkan ribuan ringgit dan jaminan untuk pulih tidak pula dapat diberi secara seratus peratus, tegas beliau.

Beliau berkata, masalah kulit tidak boleh dipandang ringan kerana kesan daripada rawatan yang dibuat boleh memberi implikasi yang cukup besar khususnya dari segi psikologi dan emosi pesakit.

Jelasnya lagi, pesakit boleh bertukar menjadi seorang yang murung dan emosional sekiranya rawatan yang dilaksanakan ke atasnya menemui kegagalan.

Dr. Mardziah memberitahu, kadangkala pengguna khususnya kaum wanita sering kali terlupa bahawa penjagaan kesihatan yang betul adalah jauh lebih penting daripada memelihara kecantikan wajah.

Kita masih boleh kelihatan cantik jika aspek kesihatan diambil berat seperti mengambil makanan seimbang dan mengawal berat badan agar tidak obes, katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Pembedahan Maksilofasial Universiti Malaya, Profesor Dr. Zainal Arif Abdul Rahman, menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati setiap kali hendak mendapatkan rawatan kosmetik.

Kesan buruk

Sebagai pengguna, orang ramai perlu memastikan individu yang dirujuk adalah merupakan pakar yang bertauliah agar rawatan yang diterima tidak mendatangkan kesan buruk kepada kulit wajah.

Saya perhatikan pada masa kini, banyak rawatan seperti suntikan botox atau pun vitamin C boleh didapati di pusat-pusat kecantikan.

Sedangkan prosedur rawatan tersebut hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit atau doktor perubatan yang bertauliah kerana dikhuatiri ubat yang digunakan boleh mendatangkan kesan alahan kepada pesakit, ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan botox, jelas beliau, botox merupakan bahan kimia yang dihasilkan menerusi sejenis bakteria, botulinum toksin yang mana bakteria itu berupaya melumpuhkan otot jika salah cara penggunaan.

Tambahnya, suntikan botox atau pun vitamin C perlu dilakukan secara berterusan iaitu enam bulan sekali sekiranya seseorang itu ingin mengekalkan keserian wajah kesan daripada suntikan berkenaan.

Menceritakan pengalaman merawat pesakit yang mengalami kerosakan struktur wajah, Dr. Zainal memberitahu, biasanya pembedahan perlu dilakukan sekiranya wajah pesakit mengalami kerosakan serius sehingga membabitkan tisu dan tulang muka.

Saya pernah merawat seorang pesakit yang mendapat komplikasi setelah membuat rawatan di China di mana bahagian dagu pesakit berkenaan telah bernanah dan saya terpaksa membedah bahagian dagu bagi membentuk semula dagunya yang telah rosak teruk, katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kepada orang ramai agar meningkatkan pengetahuan mereka mengenai rawatan wajah dan produk-produk kecantikan menerusi pembacaan di internet ataupun merujuk terus kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat serta pandangan yang betul.

BioVCO untuk Jerawat, Ketahui Bagaimana Ia Boleh Membantu Menghapuskan Jerawat?


Jerawat dan ubat jerawat Selain semulajadi ia juga boleh boleh dimakan. Banyak cara untuk menjadikan BioVCO sebagai rawatan dan penjagaan kecantikan. Anda juga boleh menggunakan BioVCO untuk merawat jerawat (kami juga terkejut pada mulanya).

Bagaimana BioVCO Membantu Menghilangkan Jerawat?

Jerawat berpunca dari jangkitan di liang-liang kulit, sama seperti luka yang dijangkiti. Jerawat perlu dirawat dengan sesuatu yang bersifat antibakteria.

BioVCO mengandungi asid laurik, yang mempunyai sifat antibakteria semula jadi. Asid lemak ini telah ditunjukkan dalam kajian untuk mempunyai ciri-ciri anti-mikrob, anti-kulat, dan anti-radang. Jika anda mahu merawat jerawat anda, BioVCO merawat jerawat dan menjaga kecantikan semulajadi kulit anda.

Cara pengambilan : Minum 2 sudu setiap pagi dan sapukan pada kulit 2 kali sehari. Untuk kesan dan penyembuhan jangka panjang habiskan 6 botol keatas.

Apa kata Pengguna BioVCO selepas mengamalkannya secara kosisten

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah jerawat berlaku apabila liang roma tersumbat

Jerawat (acne) adalah gangguan pada kulit yang berhubungan dengan penghasilan minyak (sebum) berlebih. Jerawat terjadi ketika folikel rambut

Masalah jerawat merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan golongan remaja dan dewasa. Rawatan jerawat adalah ...

Apa itu jerawat? Jerawat adalah penyakit keradangan kulit di mana folikel rambut tersumbat dengan minyak yang berlebihan daripada kelenjar


Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah jerawat berlaku apabila liang roma tersumbat

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2