Awas Penyakit Jantung Membunuh Secara Senyap

Pencegahan Penyakit Jantung. Ada berbagai cara untuk pencegahan penyakit jantung yang dapat dilakukan Pencegahan terbaik ialah kurangkan berat badan melalui amalan pemakanan seimbang, senaman

DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Haizal Haron Kamar, berkata statistik menggerunkan itu secara tidak langsung menunjukkan setiap individu berpotensi menghidap penyakit ini tetapi masih belum terlewat untuk mengambil langkah pencegahan.

Beliau berkata, biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan orang dewasa, ia organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa bagi mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh malah jika fungsinya terganggu keseluruhan sistem badan akan terjejas.

Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh diambil mudah.

Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik. Jantung koronari pula berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke jantung dan otak (arteri) tersumbat atau rosak.

Semua gejala ini mungkin tidak disedari namun bukan bermakna ia berlaku secara tiba-tiba. Pada masa sama masih ramai membuat tanggapan diri terhindar dari penyakit itu dengan alasan ibu bapa mereka bukan pesakit jantung. Biar apa jua alasan, kesedaran dan tahap kesihatan perlu ditingkatkan, katanya.

Beliau berkata, jika melihat semula statistik, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu.

Malah, katanya kematian disebabkan penyakit ini lebih tinggi berbanding kanser dan wanita juga perlu berwaspada, barah bukan lagi pembunuh utama, sebaliknya penyakit jantung.

Walaupun ramai beranggapan penyakit ini tiada simptom, Haizal berkata, ciri umum yang mudah dikenal pasti bagi menilai tahap kesihatan jantung individu ialah mudah lesu, dada terasa sesak hingga menghadapi kesukaran bernafas, aktiviti semakin terhad serta buku lali membengkak.

Jika individu mempunyai tanda begini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan. Biarpun jika selepas pemeriksaan ia bukan disebabkan jantung bermasalah, individu terbabit masih perlu mengutamakan kesihatan kerana ia mungkin petanda awal penyakit lain.

Sebarang masalah kesihatan perlu dirujuk kepada mereka yang arif. Setiap perubahan mendadak berkaitan tugasan jantung boleh memberi reaksi kepadanya.

Sebagai contoh, jika tekanan darah naik, bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan dan ini bermakna jantung yang bekerja daripada sepatutnya akan menyebabkan kegagalan jantung. Justeru, perubahan tekanan darah harus diawasi, katanya.

Mengenai atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak di dinding salur darah yang pecah, pembekuan menyekat pengaliran darah seterusnya mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Katanya, atherotrombosis adalah penyebab kematian utama di negara ini dengan statistik sebanyak 28 peratus kematian yang dilihat lebih tinggi berbanding kanser atau penyakit berjangkit lain. Masalah lain berkaitan jantung adalah strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Haizal berkata, walaupun setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini, situasi berkenaan masih boleh diubah. Bagi penyakit jantung, terdapat dua faktor risiko iaitu aspek yang boleh dikawal manakala faktor lain adalah yang tidak boleh diubah iaitu jantina, usia, bangsa dan genetik.

Bagi faktor jantina, usia, bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur melebihi 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang sakit jantung mempunyai potensi besar. Begitupun, belum terlewat jika mereka terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara faktor yang mampu dikawal sendiri oleh individu pula ialah tahap kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kekurangan aktiviti fizikal atau bersenam, menghadapi masalah berat badan berlebihan dan obesiti, pola pemakanan tidak seimbang serta merokok.

Sering juga dikejutkan dengan kematian pada usia muda. Perlu diingat, serangan jantung tidak mengenal usia. Faktor genetik harus diberi perhatian. Walau apa pun alasan, soal pemakanan dan aktiviti riadah tidak boleh dipandang ringan. Kaedah pencegahan terbaik ialah mengurangkan berat badan berlebihan melalui amalan pemakanan seimbang dan senaman konsisten.

Tempoh menjalani ibadah berpuasa ini juga boleh digunakan untuk kembali semula ke bentuk badan yang menyihatkan. Sambil beribadah, kita dapat mengurangkan lemak atau kolesterol berlebihan yang memudaratkan kesihatan. Setiap individu pula harus mempunyai tahap kesedaran sendiri dengan bertemu doktor, katanya.

Fakta: Individu yang harus segera dapatkan pemeriksaan doktor

Lelaki berumur 35 tahun ke atas.

Perempuan berumur melebihi40 tahun.

Mengalami masalah berat badan berlebihan (tujuh kilogram dan lebih berbanding berat badan unggul).

Mempunyai keraguan terhadap status kesihatan diri sendiri.

Ada sejarah keluarga yang menghidap sakit jantung.

Tidak pernah bersenam atau tidak bersenam secara tetap.

BioVCO dan penyakit jantung

Serangan jantung atau penyakit kardiovaskular boleh berlaku, awasi penyakit jantung dengan mencegahnya BioVCO terdiri dari 100% kelapa mengandungi lemak tepu yang unik dimana ia dapat memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa, BioVCO dianggap oleh pakar pemakanan sebagai minyak yang menyihatkan berbanding minyak jenis lain. Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh BioVCO adalah ia boleh membantu melindungi serangan penyakit jantung dan stroke.

Fakta ini jelas apabila kajian yang dibuat di seluruh dunia terhadap penduduk-penduduk yang menjadikan produk berasaskan kelapa sebagai makanan harian mereka. Selama ribuan tahun orang di Asia Tenggara telah memakan kelapa dan mereka memiliki tahap kesihatan yang baik.

Di negara-negara di mana ada tingginya pengambilan produk berasaskan kelapa menunjukan mereka jarang mengalami penyakit jantung. Malah, orang-orang yang makan produk berasaskan kelapa memiliki kadar penyakit jantung yang paling rendah di dunia.

Walaupun penduduk yang sumber makanan mereka berasaskan kelapa dan menjadi makanan harian dalam kehidupan mereka, mereka sebenarnya tidak mengetahui yang mereka tidak mempunyai penyakit jantung sejak beberapa dekad yang lalu.

Mereka tidak mengidap Penyakit jantung sehinggalah mereka mula menggantikan produk kelapa tradisional dengan makanan barat.

Testimoni Pengguna : SAKIT JANTUNG

Sakit jantung saya mula dikesan ketika berusia 40 tahun. Doktor mengesahkan bahawa saluran darah saya tersumbat yang mana menjadikan saya sukar bernafas dan amat letih. Saya pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dikehendaki melakukan pembedahan.

Saya cuba mencari iktiar lain dan sahabat saya mencadangkan menggunakan BioVCO kerana dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah. Saya mengamalkan BioVCO selama 2 minggu dan terasa semakin cergas. Kini saya tidak lagi mengalami sakit dada.

Rosli Bin Ali
49 Tahun
Rawang Selangor

Tanda anda mungkin mempunyai penyakit jantung koronari adalah: Denyutan jantung menjadi cepat. Sesak nafas apabila anda bersenam.



Pencegahan Penyakit Jantung. Ada berbagai cara untuk pencegahan penyakit jantung yang dapat dilakukan
Tip pencegahan penyakit jantung untuk Anda. Cara Mencegah Penyakit Jantung

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2