Rawat Kulit Sensitif

KAJIAN terbaru yang dijalankan Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan lebih 50 peratus penduduk AS mempunyai kulit sensitif berdasarkan simpton seperti gatal, kemerah-merahan, rasa panas, menyengat dan kekeringan yang membawa kepada penuaan awal.
 
Hal ini turut berlaku di Asia malah berjuta-juta orang di seluruh dunia mempunyai kulit sensitif dan jumlah ini semakin meningkat.
 
Kulit sensitif dapat dilihat menerusi ciri-ciri fizikal seperti kulit yang lebih nipis, kulit terasa tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, menggelupas dan mudah bertanda merah.
 
Biasanya alahan ini disebabkan pelbagai faktor antaranya genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan dan alam sekitar seperti pencemaran dan perubahan cuaca. Secara biologi kulit menjadi alah atau terlalu merengsa bagi lapisan epidermis atau lapisan kulit pelindung.
 
Kerengsaan ini terbahagi kepada imunogen iaitu apabila kulit diserang, sel kulit setempat mendapat amaran dan diaktifkan untuk melawan penyerang. Tindakan alahan pada kulit menyebabkan munculnya merah, sakit dan gatal.
 
Kerengsaan neurogenik pula dicetuskan oleh sistem imuniti tetapi ini diakibatkan oleh sistem saraf. Apabila bahan kimia itu mengaktifkan sistem saraf deria, saraf itu mengeluarkan bahan yang menyebabkan ketidakselesaan dan mengakibatkan kemerahan, sakit dan gatal.
 
Kulit yang mudah sensitif selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pramatang.
 
Justeru, untuk merawat dan menjaga kulit sensitif seseorang itu perlu mengelak melakukan perkara yang boleh menyebabkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca melampau.
 
Wanita perlu menggantikan fungsi perlindungan kulit dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap bagi menggantikan lipid semula jadi serta mengelak kehilangan lembapan. Selain itu, kulit harus dilindungi daripada pencemaran, sinaran matahari dan kerosakan akibat radikal bebas. Kulit yang sangat sensitif memerlukan agen antipenuaan dan perencat histamina untuk mengawal kerengsaan serta melindungi gentian protein kulit dengan perencat antienzim.
 
Justeru, bagi wanita berkulit sensitif mereka seharusnya mengurangkan pendedahan kepada matahari. Mereka juga tidak harus melakukan pengelupasan kulit yang kasar serta tidak menggunakan produk berlainan atau menukar rejim penjagaan kulit. Paling penting, amalkan gaya hidup serta diet yang sihat.
 

Penjagaan Kulit secara semulajadi

 

Minyak Kelapa Dara

Merawat Masalah Kulit dan lain-lain penyakit dengan Minyak Kelapa Dara seperti  :
 
Jerawat: Minyak kelapa dara BioVCo menjadikankan wajah anda tidak berminyak dan membersihkan liang-liang dan memberi seri muka.
 
Gigitan serangga: Menyapukan Minyak kelapa dara BioVCo pada kawasan yang terjejas akan melegakan gatal-gatal dan mencegah jangkitan. Ia juga boleh menghentikan luka disebabkan pendarahan dan mepercepatkan pemulihan.
 
Kulit kasar: Membolehkan kulit anda menjadi lembap dengan penggunaan Minyak kelapa dara BioVCo dengan kerap pada kulit. Bukan sahaja wajah anda akan bertambah baik, parut dan perubahan warna pada kulit juga akan hilang. Testimoni daripada ibu-ibu yang menggunakan Minyak kelapa dara BioVCo mengatakan ia boleh mencegah kesan regangan. Minyak kelapa dara juga boleh digunakan sebagai losyen sebelum berjemur. Ia akan membuat kulit anda lebih tahan terhadap sinaran matahari serta mengelak penyakit kanser kulit.
 

TESTIMONI PENGGUNA

 
kulit

kulit

 
BUKTI pesanan diterima keesokan hari






Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2