4 Makanan Terbaik Pengganti Nasi bagi Penghidap Diabetes


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tidak lengkap rasanya kalau dalam sehari tidak menjamah sajian nasi. Namun bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis @ diabetes, amalan mengambil hidangan nasi dalam kuantiti yang biasa diambil oleh orang normal, adalah tidak digalakkan. 
 
Ini kerana nasi putih mempunyai indeks glisemik (GI) yang cukup tinggi iaitu 88 hingga 89. Indeks glisemik adalah suatu unit yang menyatakan kadar gula yang terkandung dalam makanan. Semakin tinggi kadar  GI, pastinya ia memberi kesan terhadap  kenaikan kadar gula darah.

. . . . . . . . . . . .

Namun usah risau kerana ada makanan yang lebih sihat bagi menggantikan nasi. Antara makanan-makanan sihat pengganti nasi yang perlu kita ketahui bersama ialah:
 

1. Beras merah

 
Jika beras putih tidak baik untuk pesakit diabetes, maka berbeza dengan beras merah. Beras merah merupakan salah satu makanan pengganti nasi yang amat digalakkan. Ini kerana beras merah mempunyai GI yang rendah iaitu hanya 50. Di samping dapat mengawal kadar gula dalam darah, beras merah juga kaya akan serat dan vitamin B. Serat berfungsi untuk meningkatkan kepekaan sel dalam menerima hormon insulin sehingga mampu diubah menjadi tenaga.
 

2. Ubi Kayu

 
Ubi kayu merupakan sumber karbohidrat kompleks yang mempunyai nilai GI dibawah 55. Sama seperti beras merah, ubi kayu juga kaya akan serat yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Olah ubi kayu menjadi hidangan yang menarik serta membuka selera. Pasti anda akan menyukainya.
 

3. Keladi

 
Ubi keladi memilki kandungan vitamin yang sangat tinggi serta kandungan GI yang rendah. Ia juga kaya dengan protein dan karbohidrat. Selain dapat mengawal gula darah, ubi keladi juga dapat mencegah risiko serangan jantung dan menstabilkan tekanan darah. Ubi keladi yang direbus tanpa tambahan bahan sampingan adalah bebas dari  dan tentunya mempunyai kesan yang baik bagi kesihatan tubuh.
 

4. Ubi Kentang

 
Makanan yang terakhir yang dapat digunakan sebagai pengganti nasi adalah ubi kentang. Ia mampu menghasilkan tenaga sama  seperti nasi namun dengan kandungan GI lebih rendah. Cara terbaik untuk menikmati ubi kentang ini adalah dengan cara mengukus atau direbus agar zat protein, mineral dan vitaminnya tetap terjaga.

7 Tanda Penyakit Tiroid Yang Perlu Anda Tahu

Mengenali penyakit resdung atau sinusis

Ledakan penyakit diabetes

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

Bahana kolesterol tinggi

3



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker