Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.
Ruam
Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.
1.Ruam Panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.
Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.
2.Ruam Lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.
Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.
3.Ruam Susu
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.
Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.
Ekzema
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.
Rawatan: Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.
Alahan
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).
Rawatan: Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.
BioVCO Untuk Ruam Pada Bayi
BioVCO melindungi kulit dari dalam dan luar. Ia mempunyai antioksidan yang berupaya melambatkan proses penuaan dan anti-mikrob dan anti-bakteria.
BioVCO mempunyai struktur molekul yang relatif kecil dan mudah diserap ke dalam kulit. BioVCO memiliki aroma, kaya tropika dan halus, tekstur lembut dan menyejukkan dan berkhasiat untuk kulit bayi dan orang dewasa.
BioVCO sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Ia dihasilkan daripada 100% kelapa yang organik, tanpa sebarang bahan pengawet atau kimia yang boleh merosakkan kulit.
Jika disapukan pada kulit bayi sebelum memakaikan lampin akan dapat membantu mencegah ruam lampin. Menjaga permukaan kulit dan sebagai pelindung daripada radikal bebas dan mengelakkan kulat.
Cara menggunakan BioVCO untuk ruam lampin
Sebelum menggunakan BioVCO pada kulit bayi anda, pastikan kulit bayi bersih dan kering. Sapukan BioVCO pada kulit yang mengalami ruam.
Selepas disapu pada kulit, biarkan kulit kering sepenuhnya sebelum memakai lampin. Anda boleh menggunakan BioVCO beberapa kali sehari.
Apa Kata Pengguna BioVCO?