Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet.
PENUAAN sering dikaitkan dengan tumpuan kepada kulit wajah sehingga ada yang lupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan. Malah ada yang menganggap masalah keguguran rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang semakin meningkat usia.
Jangan disangka pada usia muda anda tidak akan menghadapi masalah botak. Tahap serius botak adalah pelbagai iaitu dari rambut jarang hinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.
Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari adalah dikategorikan normal, tetapi jika berlebihan perlu diambil perhatian serius dengan mendapatkan rawatan segera.
Pakar kesihatan juga sering kali menyarankan setiap individu mengamalkan gaya hidup seimbang terutama dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambut yang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.
Kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Antara punca berlakunya botak ialah genetik. Masalah itu boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya. Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan.
Hormon utama yang mempengaruhi proses itu ialah dihidroksitestosteron (DHT), hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin dan boleh menyebabkan botak.
Begitu pun, penjagaan yang baik, teratur dan menggunakan kaedah yang betul sekali gus memberi kesan yang memberangsangkan.
FAKTA: Punca botak
Genetik.
Perubahan hormon.
Ubat-ubatan dan bahan kimia.
Trauma.
Serangan autoimun.
Jangkitan mikroorganisma.
Penyakit kulit.
Jenis Botak
Androgenetic alopecia- botak disebabkan keturunan.
Traction alopecia - disebabkan sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.
Telogen effluvium - disebabkan tekanan emosi dan fisiologi
Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
Alopecia areata - kerana serangan sistem imun terhadap sel folikel
Pencegahan
Mengambil nutrien secara seimbang.
Menjaga kebersihan kulit dan rambut.
Melindungi daripada sinaran ultra lembayung.
Mengendalikan rambut dengan lembut dan mengurangkan dandanan rambut yang keterlaluan.
Sentiasa bersenam.
Pengurusan tekanan lebih baik.
Rawatan Semula Jadi Dengan BioVCO Untuk Rambut
BioVCO untuk Penjagaan Rambut
BioVCO merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan berkilau.
Amalan menyapukan minyak kelapa dara di kulit kepala akan dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, malah ia membantu masalah kulit kepala kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di asia sebagai rawatan rambut.
BioVCO merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga menyediakan protein dan khasiat penting yang diperlukan untuk masalah rambut rosak.
Oleh kerana itu ia sesuai digunakan untuk rawatan rambut gugur dan digunakan dalam pembuatan pelbagai penyejuk, dan krim untuk mencegah kelimumur.
BioVCO membantu rambut anda tumbuh lebih sihat, tebal, dan tahan lebih lama, Vitamin dan asid lemak dalam BioVCO membantu menyuburkan kulit kepala anda dan menembusi akar rambut.
BioVCO mengandungi asid lemak rantaian sederhana yang dikenali sebagai asid laurik. Ini memberi kelebihan untuk rambut, kerana ia lebih mudah diserap jauh ke dalam akar rambut.
Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas Mengamalkannya Secra Kosisten