Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.
Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.
Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung.
Antara yang utama:
- Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti 'polyps' dan kanser.
- Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
- Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
- Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.
- Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
- Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.
Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:
- Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
- Hidung tersumbat
- Hidung selalu berdarah dan bernanah
- Jerawat di belakang badan
- Rambut gugur dan berkelemumur
- Sakit kepala
- Keletihan dan badan rasa kurang sihat
- Batuk kronik
- Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
- Mata sering berair
- Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.
PETUA MENGELAKKAN RESDUNG
- Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
- Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah.
- Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot.
- Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab.
- Simpan pakaian dalam alrnari yang bertutup.
- Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu.
- Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.
Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik. Tanpa rawatan segera, penyakit ini akan menyebabkan simptom seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.
Minyak kelapa dara untuk masalah resdung?
Minyak kelapa dara boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk membersihkan sinus dan melegakan masalah pernafasan, dimana boleh membantu untuk bernafas dengan mudah.
Minum sekurang-kurangnya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam bagi orang dewasa, kesanya dapat dirasai paling cepat dalam tempoh 2 hari selepas pengambilnnya,
Dalam terpoh tertentu anda akan dapat mengurangkan lendir pada ruang sinus dan membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa.
Asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang terkandung didalam minyak kelapa dara akan membantu mengurangkan lendir. MCFA adalah antimikrob semulajadi yang sangat kuat dan memiliki kemampuan yang luarbiasa untuk kesihatan.