Biotek komersialkan minyak kelapa dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan daripada santan kelapa yang cukup matang sudah diketahui sejak dulu lagi dan digunakan secara meluas oleh nenek moyang kita terutama untuk penjagaan kesihatan. Namun kebiasaannya ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, terutama dalam bidang bioteknologi, minyak ini kini boleh dikomersialkan, bukan saja untuk dipasarkan di negara ini, malah mampu dieksport sehingga ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Penyelidik Kanan di Puast Bioteknologi Mardi, Dr. Kamariah Long telah berjaya mencipta kaedah untuk merealisasikan hasrat itu. Malah produk yang dihasilkan menggunakan kaedah ciptaanya berjaya memenangi pingat gangsa Pertandingan Reka Cipta dan Teknik Baru Antarabangsa di Geneva 2006. Hasil inovasi ini juga membolehkan beliau terpilih memenangi pingat 'Outstanding Malaysian Woman Inventor 2006' oleh International Federation of Inventors Association (IFIA) anjuran Persatuan Reka Cipta dan Reke Bentuk Malaysia (MINDS) baru-baru ini.

Mengikut kaedah traditional, proses untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara memakan masa dan tenaga yang banyak. Minyak yang dihasilkan juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, serta tidak tahan lama menyebabkan ia sukar dipasarkan secara komersial. Bagaimanapun menggunakan keadah yang dimajukan oleh Kamariah, penghasilan Minyak Kelapa Dara itu dapat dipercepatkan, manakala produk yang dihasilkan setanding dengan produk moden yang lain. Beliau berkata, bagi mempercepatkan tempoh bagi penghasilan minyak dan menjadikannya tahan lebih lama dan tidak berbau, kaedah mekanikal seperti 'cold press' penggunaan enzim seperti Pektinase digunakan.

Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan itu kemudiannya diubah struktur dan komposisi kimianya menggunakan enzim tertentu bagi dipertingkatkan kemampuannya untuk bertindak menentang pelbagai penyakit berkaitan kulat dan bakteria. Minyak Kelapa Dara yang terbukti mempunyai aktiviti antimikrob meluas dan berkesan bagi menentang bakteria dan kulat' katanya ketika di temui Berita Harian di Serdang. Beliau berkata, Minyak Kelapa Dara didapati amat berkesan merawat kelumumur, kudis, candidasis dan vaginatis. Ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan produk pembersih peribadi, krim, losyen serta surfaktan bagi kegunaan rumah dan hospital.

Minyak Kelapa Dara juga adalah bahan semula jadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih berbanding krim antibakteria dan antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran. Minyak Kelapa Dara bernilai tambah dan juga tidak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk, berbanding Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan sekarang.

Kamariah berkata, teknologi dan produk yang dihasilkan adalah berdaya maju dan boleh bersaing pada peringkat global. Harga pengeluaran pada peringkat kilang juga adalah jauh lebih murah berbanding produk antimikrob yang ada di pasaran tempatan mahupun luar negara.'MARDI kini sedang mencari usahawan yang berminat untuk berkerjasama mengkomersialkan produk ini' katanya. Beliau berkata produk berkenaan adalah berdaya maju berdasarkan sumber bahan mentahnya yang begitu banyak di pasaran. Mengikut statistik, menjelang 2010, jumlah keluasan tanaman kelapa di negara ini akan mencecah 700,000 hektar berbanding 158,000 hektar pada 2002.

Dengan terhasilnya Minyak Kelapa Dara ini, permintaan kelapa tidak lagi sekadar untuk industri makanan bahkan dalam industri nutraseutikal dan farmaseutikal, sekaligus memberi pulangan lebih besar kepada negara' katanya. Kamariah berkata, projek penyelidikan bagi menghasilkan Minyak Kelapa Dara ini turut di bantu oleh Penyelidik MARDI Mary Goh Wai Ching, Dr. Sivapragasam Annamalai dan pensyarah Universtiti Kebangasaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mamot Said dan dua pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Lai Oi Ling dan Dr. Tan Chin Ping (UPM).

Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara BioVCO


Khasiat Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak Kelapa Dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?


>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Rawatan dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO


Minyak kelapa dara kini diterima dan meluas dipasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan diseluruh dunia kerana pelbagai manfaat kesihatan. Minyak akan beku dan bertukar putih dan kelihatan seperti mentega di bawah suhu bilik.

Sebab itu kadang-kadang dikenali sebagai 'Butter Kelapa'. Apabila disimpan didalam suhu bilik, ia akan bertukar dalam bentuk cecair dan berwarna jernih. Pertukaran daripada pepejal kepada cecair tidak akan menjejaskan kualiti dan manfaatnya.

Untuk permulaan, anda boleh mengambil antara dua hingga empat sudu besar minyak kelapa dara BioVCO setiap hari. Anda boleh mengambilnya sekali gus sebelum sarapan atau dua kali sehari. Anda boleh mengambil pada sebelah pagi dua sudu sebelum sarapan dan dua sudu sebelum makan malam.

Untuk menjadikan ia lebih sedap, anda boleh campurkan Minyak kelapa dara BioVCO dengan salad, nasi goreng atau hidangan lain. Minyak kelapa dara juga boleh dicampur dalam mana-mana hidangan panas. Selepas anda mengamalkannya, dan apabila minyak kelapa dara mulai serasi dalam sistem tubuh pastinya anda akan mendapat perbezaan yang ketara dalam kesihatan anda.

Testimoni Pengguna


Khasiat Minyak Kelapa Dara













Penghantaran PANTAS menggunakan Korier Poslaju

Apa kata Mereka











Klik Disini Untuk ORDER Melalui Whatsapp @ +60133014262

Klik Disini Untuk ORDER Online / Kad Kredit




Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2