Mendengkur adalah masalah yang sering dianggap remeh. Ini kerana bagi mereka yang berdengkur ia tidak rasa terganggu. Pasangannya yang akan rasa terganggu dan menyebabkan tidurnya menjadi kurang berkualiti.
Sebenarnya, berdengkur adalah kesan daripada adanya gangguan kesihatan. Untuk mengatasinya, ada cara yang boleh dilakukan. Tetapi, jika dengkuran tetap berlaku, sebaiknya segera buat pemeriksaan dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Penyebab dengkuran adalah penyempitan saluran udara di langit-langit mulut. Perkara ini tidak akan berlaku jika Anda tidur mengiring. Untuk tetap supaya anda tidur mengiring, letakkan bantal di bahagian punggung. Bantal akan menjadi penghalang yang mengelak anda daripada tidur terlentang.
Gunakan lebih banyak bantal untuk menyangga kepala agar tetap tinggi ketika tidur. Ketika kepala berkedudukan lebih tinggi, udara di langit-langit mulut tidak akan tersumbat. Ini memungkinkan udara bebas bergerak dan mencegah dengkuran.
Lakukan latihan rahang, lidah dan mulut akan membantu mencegah dengkuran. Lakukan latihan buka dan tutup mulut setiap hari, kerana ia boleh membantu otot sekitar rahang dan mulut lebih relek, sehingga boleh menyalurkan lebih banyak udara dan mencegah dengkuran.
Makan terlalu banyak boleh menyebabkan anda mendengkur. Apabila terlalu banyak makanan, perut juga akan bekerja lebih daripada biasa, ini membuat dengkuran muncul atau lebih nyaring dari sebelumnya.
Sebahagian besar mereka yang meiliki berat badan berlebihan, mendengkur semasa tidur. Jika tubuh dalam keadaan besar, saluran udara di rongga mulut menyempit. Inilah yang menyebabkan berlakunya dengkuran. Jika berat badan berlebihan, lakukan diet dan senaman, untuk menghilangkan atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkuran.