Darah Tinggi - Sekali Ubat Diambil, Ia Adalah Selama-lamanya

Darah Tinggi - Sekali ubat diambil, ia adalah selama-lamanya Minyak Kelapa Dara PERNAH hasil kajian yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah penghidap penyakit darah tinggi.

Dan lebih membimbangkan apabila separuh darinya tidak tahu yang mereka mempunyai penyakit tersebut dan senario ini turut berlaku di negara-negara lain.

Justeru tidak muslahil jika pengamal perubatan menyifatkan 'hypertension' atau darah tinggi sebagai pembunuh senyap ekoran ketiadaan simptom atau tanda-tanda awal pada sesetengah pesakit.

Hanya pada peringkat akhir barulah kesannya dirasai dan ketika itu sudah terlalu lewat untuk diubati terutama selepas komplikasi rentetan seperti penyakit jantung menjadi teman pesakit.

Kajian turut menunjukkan di luar bandar khususnya wanita yang berusia lebih 50 tahun, kadar penghidap penyakit darah tinggi lebih tinggi berbanding penduduk bandar.

Tetapi apakah itu darah tinggi? Menurut seorang pakar perunding kardiovaskular tempatan, darah tinggi sebenarnya berlaku apabila kenaikan darah tubuh seseorang.

'Dalam pembuluh darah ada dua tahap tekanan iaitu apa yang dipanggil bacaan atas dan bacaan bawah.

'Bacaan atas dapat menggambarkan sejauh mana keadaan arteri kita dan sebab itu golongan berumur bacaan atasnya tinggi kerana apabila semakin tua arteri manusia menjadi semakin keras

'Bacaan bawah pula adalah untuk mengukur kekuatan pengaliran darah Walaupun kedua-dua bacaan penting tetapi bacaan atas harus diberi penekanan kerana ia boleh menggambarkan kesihatan jantung, otak dan buah pinggang' kata Dr. Azhari Osman yang juga Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia.

Bagaimanapun katanya, kalau bacaan seseorang itu melebihi 140 dan bacaan bawah lebih 90 dengan diikuti bacaan kali kedua bagi tempoh 24 jam masih menunjukkan aras yang sama maka ia menandakan anda menghidap darah tinggi tahap pertama.

Namun katanya, ini semua bergantung kepada risiko lain seperti berat badan berlebihan, perokok, sejarah keluarga atau kencing manis yang mana jika ada semua ini, bacaan lebih rendah sedikit cukup untuk mengaitkan anda dengan penyakit ini.

'Bacaan normal untuk tekanan darah tinggi ialah 120/80 dan pada tahap itu doktor tidak perlu risau mengenai anda.

'Bagaimanapun pengalaman saya mendapati ramai di kalangan kita yang mempunyai tekanan darah melebihi 120/80.

'Jika tekanan darah anda lebih tinggi sedikit maka anda perlu lakukan sesuatu iaitu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil ubat buat sementara waktu,' jelasnya.

Bagaimanapun seperti yang diketahui, doktor akan menelitinya bagaimana tahap tekanan darah dan apabila sampai satu tahap dan umur juga telah meningkat, maka mahu tidak mahu ubat perlu diambil.

Namun sering berlaku silap faham kononnya setelah setahun atau dua tahun ubat diambil, anda telah pulih sedangkan penyakit ini bukan seperti batuk atau selesema yang selepas sembuh tidak lagi perlu mengambil ubat.

Dan ada yang menyimpulkan kesan sampingan pengambilan ubat membuatkan pesakit tidak mahu melanjutkan rawatan hakikatnya 60 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan masih gagal mengawal tekanan darah masing-masing.

Kesimpulannya di Malaysia seperti kebanyakan negara lain, darah tinggi adalah antara penyakit utama tetapi kebanyakan pesakit tidak mendapat rawatan sebaik-baiknya.

Keadaan ini berlaku kerana kekurangan komitmen daripada pesakit dan cara pengambilan ubat serta rawatan yang tidak berkesan hingga menyebabkan tekanan

darah tidak dapat dikawal.

Tegas Dr. Azhari, apa yang lebih membimbangkan di Malaysia ialah pengidap penyakit darah tinggi serta komplikasinya terdiri daripada golongan muda berbanding negara-negara membangun yang lain.

'Sebenarnya ada petanda yang menunjukkan bilangan pesakit hypertension dan komplikasinya seperti strok, kegagalan jantung, kegagalan hati, kegagalan buah pinggang akan meningkat secara mendadak di Malaysia.

'Malah ada yang menganggarkan ia akan meningkat 100 peratus dalam masa 30 tahun jikalau kita tidak mengubah sikap dan cara hidup kita.

Beliau menambah, yang lebih penting ialah mengamal gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman yang berterusan serta mengawal pemakanan.

Malangnya, aktiviti senaman di kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu perkara yang menjadi tabiat dan ini diperkukuhkan oleh satu kajian.

Ini dapat dilihat dari hasil Kajian Kesihatan dan Mobiliti kebangsaan pada 1996 yang mendapati 70 peratus dari rakyat Malaysia tidak melakukan senaman langsung.

Mengenai soal pemakanan pula. Dr. Azhari berkata, setakat ini tiada kajian komprehensif pernah dilakukan tetapi jika dilihat pada statistik mengenai tingginya penghidap darah tinggi dan sakit jantung, ia boleh menunjukkan betapa buruknya tabiat pemakanan kita.

'Purata penghidap sakit jantung di negara ini adalah pada usia 57 tahun berbanding negara 67 tahun.

'Kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi dua perkara utama iaitu pemakanan seimbang dan senaman serta kurangnya amalan merokok.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa supaya menjaga tabiat pemakanan anak-anak supaya mereka tidak terdedah kepada penyakit berisiko itu dengan mudah.

'Kalau boleh kita contohi Singapura, yang mana kanak-kanak sekolah yang lebih berat badan akan diwajibkan melakukan senaman selama 15 minit sehari.

'Semua kita mesti tahu apakah berat ideal kita dan juga maklumat asas tentang kesihatan seperti kadar kolestrol, glukosa, tekanan darah dan sebagainya,' ujarnya.

BioVCO : Turunkan Tekanan Darah


Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal, minyak kelapa dara BioVCO turunkan tekanan darah tinggi? Jika anda berumur melebihi 30 tahun, ada kemungkinan anda akan mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi adalah istilah perubatan untuk tekanan darah tinggi dan disebut silent killer kerana biasanya tidak mempunyai gejala yang jelas. Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa ia boleh menyebabkan seseorang masalah kesihatan yang serius jika tindakan awal tidak diambil.

Lemak adalah salah satu daripada banyak faktor yang mempengaruhi tekanan darah. Ia berkait rapat dengan cara pemakanan seseorang yang sering mengambil minyak goreng, shortening dan margerin. Ia biasa berlaku terutama bagi mereka yang mengamalkan makanan segera sebagai menu harian mereka dimana kebanyakannya mengandungi Asid lemak omega-6.

Tubuh anda menukar omega-6 polyunsaturated Asid lemak seperti minyak kacang soya dan minyak jagung ke prostaglandin, yang akan menyebabkan :

* Menyempitkan pembuluh darah
* Meningkatkan respon inflamasi dan meningkatkan kepekatan platelet darah

dan ia akan menaikkan tekanan darah dan mendorong aterosklerosis.

BioVCO merupakan minyak yang mengandungi asid lemak rantai sederhana (MCFA). Dimana ia adalah sumber MCFA daripada alamsemulajadi.

BioVCO yang mengandungi MCFA adalah berbeza dengan minyak lain dimana kandungan omega-6 molekul lemaknya adalah lebih rendah.

MCFA yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berubah menjadi prostaglandin dan boleh melemahkan kesan asid lemak omega-6.

Pesakit yang tekanan darahnya 130/80, Dengan sesekali 140/90 pasti akan merasa bimbang.

Biasanya selepas satu bulan atau lebih mengambil BioVCO setiap hari, ia boleh turun turun ke 120/80 dan 110/70. Pengambilan yang syorkan ialah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.

Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO Secara Kosisten

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap

Komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat.

Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.

Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!