Ekzema Penyakit Kulit Tidak Berjangkit

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, lepuh, berair, berkeruping, berwarna perang, tebal dan gatal. Ia sangat mudah berlaku di kalangan bayi.

Kadangkala ia dipanggil ekzema bayi dan sering terjadi di muka dan di kulit kepala. Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh sebelum mencapai umur 2 tahun.

Ekzema selalunya dikaitkan dengan asma. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidapi asma mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah-masalah kulit.

Di kalangan remaja belasan tahun dan golongan muda, ekzema kerap terjadi di siku, belakang lutut, buku lali, pergelangan tangan, muka, leher dan bahagian atas dada.

Bagi orang dewasa ia berlaku di tangan, kaki, buku lali atau kelangkang. Walaupun bahagian-bahagian ini merupakan sasaran yang paling biasa, ia juga boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang lain.

Gejala Ekzema

Gejala-gejala masalah ini akan muncul pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ia jarang berlaku apabila kanak-kanak mula diberi makanan pepejal sekitar umur 3 bulan. Gejala-gejalanya ialah:

Tompok-tompok yang gatal, kering, tebal selalunya terdapat di tangan, leher, muka dan kaki. Di kalangan kanak-kanak ia terjadi dalam lipatan lutut dan siku.

Terdapatnya lesi kulit, tompok-tompok merah dan berkerak. Di kalangan mereka yang berkulit gelap, berlaku perubahan warna kulit dan kadangkala terdapatnya lepuh atau bengkak kecil yang mengeluarkan cecair.

Penyebab Masalah Ekzema

Kebanyakan kes ekzema ada kaitannya dengan alahan. Bagi mereka yang mudah mendapat masalah ini ia dikaitkan dengan:

mengambil makanan tertentu seperti susu lembu, telur, gandum dan kekacang, atau menyedut hama habuk dan debunga dari udara.

Tersentuh bahan-bahan yang boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit seperti fabrik yang diperbuat dari bulu, sintetik atau getah, sesetengah detergen, produk yang berasaskan klorin, logam nikel yang digunakan dalam pembuatan anting-anting saduran dan barang-barang kemas lain, bahan-bahan kimia seperti formaldehid yang terdapat pada pakaian yang tidak perlu diserika, pengilat, hamparan, penebat span dari getah/plastik dan lain-lain.

Kelesuan dan tekanan (stress) atau peristiwa-peristiwa sedih yang lain.
Badan tidak berpeluh.
Kulit terlampau lembap atau kering.

Rawatan Dan Cara Mengatasi Ekzema

Oleh kerana ekzema merupakan masalah yang benigna (tidak serius dan tidak merebak ke bahagian lain) dan penyebabnya berbeza-beza dari seorang ke seorang, maka rawatan awal hanyalah merupakan usaha ke arah menghapuskan gejala-gejala yang timbul. Ia boleh dirawat di rumah sahaja dengan ubat-ubat yang boleh didapati dari kedai-kedai farmasi.

Bagi kes ekzema yang kronik, doktor akan lebih menumpukan perhatian ke arah untuk mengenal pasti alergen (bahan-bahan yang mencetuskan alahan), meningkatkan sistem pertahanan tubuh atau merehatkan pesakit.

Pengurusan Sendiri Pesakit Ekzema

Mandi dengan air biasa kemudian sapukan ubat salap di tempat yang bermasalah pada badan. Gunakan losyen biasa yang tidak mengandungi apa-apa bahan penambah.

Berehat. Berjalan atau bersenamlah secara tekal untuk mengurangkan stres dan memperbaiki edaran darah. Luangkan sedikit masa untuk aktiviti-aktiviti ringan yang merehatkan anda.

Berhati-hati bila mengambil makanan yang cenderung menyebabkan alahan seperti susu lembu, gandum dan telur.

Jika bayi anda mendapat ekzema, jangan biarkan ia menggaru. Pakaikan sarung tangan semasa ia tidur. Untuk mengelakkan benang menjerut pergelangan tangan atau jari dan seterusnya menyekat edaran darah, terbalikkan sarung tangan semasa memakaikannya.

Untuk kes-kes ekzema yang teruk terutama di kalangan kanak-kanak, balutkan badan dengan kain yang basah untuk mengembalikan semula kelembapan kulit. Pesakit boleh tidur dengan baju tidur yang lembap kemudian diselimutkan dengan kain yang kering atau memakai baju sejuk dari nilon. Sesetengah doktor mencadangkan supaya menutup muka dengan kasa basah kemudian dibalut dengan pembalut yang kenyal dan menyarung tangan dan kaki dengan stoking yang basah, diikuti dengan stoking yang kering. Bilik pesakit hendaklah dibiarkan panas sedikit.

Jangan mandi dengan air panas terlalu kerap. Jangan menggunakan sabun yang kuat, bahan kimia atau detergen yang boleh mengeringkan tekstur kulit kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit tangan semasa anda melakukan ker-kerja yang melibatkan tangan direndam ke dalam air atau apabila tangan terdedah kepada apa-apa bahan yang merengsakan kulit.

Fabrik yang diperbuat dari bulu dan sintetik boleh merengsakan kulit. Kebanyakan mereka yang mempunyai kulit yang sensitif merasa lebih selesa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas atau campurannya.

Gunakan pelembap kulit setiap hari. Pelembap biasa adalah terbaik. Elak dari mengguna pelembap yang mengandungi pewangi dan ramuan-ramuan lain. Pelembap yang murah dan baik ialah seperti jeli petroleum. Gunakan pelembap yang lebih berminyak dari berkrim kerana krim selalunya mengandungi lebih banyak bahan pengawet.

Jangan menggaru kawasan kulit yang bermasalah walaupun terasa gatal. Menggaru akan memecahkan kulit. Bakteria akan mudah masuk melalui rekahan ini dan menyebabkan jangkitan.

Elakkan dari kepanasan dan berpeluh.

Berjumpalah doktor sekiranya....

Anda mendapat sejenis ruam yang luar biasa dan mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap ekzema/asma. Anda perlu berjumpa doktor.

Terjadinya keruping yang berwarna kekuningan atau coklat muda atau lepuh bernanah pada tompok-tompok ekzema. Ini menunjukkan jangkitan kuman stafilokokus atau jangkitan bakteria-bakteria lain yang perlu dirawat dengan antibiotik.

Semasa anda diserang ekzema, anda terdedah kepada sesiapa sahaja yang menghidapi penyakit kulit akibat virus seperti kayap berair, ketuat atau penyakit kayap pada kemaluan. Dalam keadaan anda yang sedang menghidap ekzema, risiko untuk mendapat gangguan-gangguan virus ini adalah lebih tinggi.

Anda mendapat banyak lepuh-lepuh kecil yang bernanah. Anda mungkin menghidap ekzema herpetikum, sejenis komplikasi yang jarang berlaku tetapi serius yang disebabkan oleh virus herpes simplex jenis 2.

Manfaat BioVCO Untuk Mengawal Ekzema


Mengurangkan bakteria

Asid laurik dalam BioVCO membantu mengurangkan kehadiran bakteria, kulat, dan virus pada kulit. Ini membantu untuk menghapuskan risiko jangkitan yang disebabkan oleh menggaru kulit gatal.

Mengikut abstrak yang dilaporkan dalam Journal of the American Chemists Society, asid laurik mempunyai sifat antimikrobial, menjadikannya berkesan untuk mengurangkan bakteria, kulat, dan virus.

Asid Laurik juga menjadikan BioVCO sangat menyerap, meningkatkan manfaat sebagai pelembabnya.

BioVCO Membantu Mengurangkan Keradangan dan Kesakitan

BioVCO mempunyai sifat anti-radang semulajadi dan ia juga mampu untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan ekzema.

Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas Mengamalkannya?

testimoni gatal kulit minyak kelapa dara - BioVCO ekzema

testimoni psoriasia minyak kelapa dara - BioVCO ekzema

testimoni ruam lampin minyak kelapa dara - BioVCO ekzema

TUNGGU !!!
JIMAT RM10 + FREE Postage
Untuk Tempoh TERHAD .....

Ambil Tindakan SEKARANG sebelum tawaran ditutup !!!


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2