APABILA jantung anda mengepam darah menerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat dengar, maka kita akan merasa lega kerana secara keseluruhannya perjalanan darah anda berjalan seperti biasa. Proses ini tidak langsung memerlukan perhatian anda. Bagaimanapun dari masa ke semasa anda sedar sistem yang komplek itu tidak dapat berjalan dengan sempurna terutama bila doktor terpaksa membuat pemeriksaan yang 'lanjut atas diri anda.
Bila doktor meletakkan lipatan kain hitam ke lengan anda (black pressure cuff) sambil piring perak ditekan, sementara sepasang telinga mendengar penuh teliti, maka hati kecil anda mula berkata-kata dan merasa bimbang adakah anda diserang penyakit tekanan darah tinggi.
Benar tekanan darah tinggi jarang menyerang wanita di bawah 30 tahun tetapi langkah-langkah untuk mengelakkannya perlulah dijalankan dari sekarang. Kerana kira-kira 40 peratus dari penduduk Amerika Syarikat bila mencapai usia 60 tahun akan menderita penyakit ini.
Sebenarnya jika penyakit tekanan darah tinggi ini tidak diberikan sepenuh perhatian, besar kemungkinan pengidapnya akan diserang penyakit kerosakan buah pinggang, lemah jantung dan lumpuh. Kerana itu kini penyakit ini mendapat perhatian yang serius di kalangan pakar-pakar
perubatan.
Seorang pakar penyakit dalam tubuh, Dr. Norma Hymes memberitahu semakin rendah tekanan darah seseorang itu adalah lebih baik, asalkan sahaja tidak melebihi hadnya yang normal 120/80.
Tekanan darah tinggi yang terlalu rendah boleh terjadi bila berlaku kehilangan darah yang terlalu banyak atau bila mengalami penyakit serius seperti darah beracun.
Tetapi, sekiranya anda merasa sihat dan masih mampu bergerak cergas, maka anda tidak perlu bimbang walaupun bacaan tekanan darah anda begitu rendah.
'Systolic Pressure' atau tekanan semasa jantung menguncup biasanya bertambah selari dengan meningkatnya usia seseorang. Seorang doktor akan mengambil faktor ini ke dalam fikirannya sebelum menempatkan seseorang sebagai menghadapi 'systolic pressure' dan akan menyelidik sebab-sebab lain yang mungkin boleh menyebabkan bacaan yang tinggi melebihi dari keadaan normal.
Sekiranya tekanan semasa jantung mengembang atau 'diastolic pressure' melebihi normal, anda akan dinasihatkan mengambil langkah-langkah untuk merendahkannya.
Tentukan yang anda benar-benar menghadapi masalah tersebut sebelum anda menjalani sebarang rawatan. Pakar-pakar perubatan melarang seseorang mengakui dirinya menghadapi penyakit tersebut dengan hanya sekali dua pemeriksaan.
Dr. Hymes dan Dr. Berman juga menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu bergantung kepada ujian yang dijalankan di pasar-pasaraya atau 'shopping mal machine' untuk menyukat tekanan darahnya, kerana hasilnya selalu kurang tepat.
Tetapi ujian tekanan darah yang dibuat di pusat-pusat kesihatan atau kereta-kereta kesihatan pada amnya adalah tepat, tetapi anda tidak harus panik bila bacaan pertama tekanan darah anda adalah tinggi, anda patut berjumpa doktor lain untuk ketepatan ujian se-lanjutnya.
Mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi Ramai orang keliru dengan istilah tekanan darah tinggi atau 'hypertension' yang mana perkataan 'hyper' biasanya memberikan gambaran keadaan yang terlalu kritikal.
Dr. Jack Rensick, seorang lagi pakar penyakit dalam tubuh yang berminat dalam aspek-aspek psikologi dalam perubatan berkata tekanan darah tidak mempunyai angka yang tetap. la bertukar dari saat ke saat dan dipengaruhi oleh tekanan-tekanan bekerja, perasa-an cemas, terlalu banyak mengambil kopi, malah tidak mustahil ketika tekanan darah diambil.
Menurut beliau lagi, ketekunan serta perasaan cemas boleh memainkan peranan penting terjadinya tekanan darah tinggi, tetapi beliau mengingatkan bahawa belum ada lagi sebab-sebab tersebut ternyata hubungannya dengan penyakit berkenaan.
Bagaimanapun apa yang jelas tekanan darah tinggi lebih biasa berlaku di kalangan keluarga kulit hitam dari mereka yang berkulit putih.
Wanita di bawah umur 30 tahun yang nempunyai tekanan darah normal sebelumnya dan tidak mempunyai keluarga diserang penyakit ini perlu diuji dua tahun sekali.
Bagi mereka yang mengamalkan pil-pil perancang keluarga, bagaimanapun dinasihatkan supaya menjalani ujian setiap enam bulan sekali, iaitu suatu yang mesti. Sekiranya tekanan darah anda tinggi anda semestinya menjalani ujian dengan kerap.
Alat-alat yang boleh digunakan di rumah adalah sangat berguna bagi mereka yang mengidap tekanan darah tinggi, yang mana mereka dikehendaki oleh doktor supaya membuat pembacaan yang te-tap. Bagaimanapun cara ini diper-lukan oleh orang lain.
Menurut Dr. Resnick lagi, sekira-nya tanda-tanda tekanan darah tinggi ini dialami ketika masih mu-da, pesakit akan cuba diubati dengan menguji air kencing selama 24 jam, X-ray buah pinggang dan juga ujian darah.
Tekanan darah tinggi juga dise-babkan oleh masalah-masalan lain seperti ketumbuhan (tumor) atau pembuluh nadi yang sempit yang mengarah ke buah pinggang, ba-gaimanapun ini jarang berlaku.
Bagaimanapun tidak siapa mengetahui sebab sebenarnya pengurangan berat badan biasanya merendahkan tekanan darah, malah kadang-kadang menghasilkan tekanan darah yang normal.
Di samping itu dengan mem-buang air kecil selalu atau lebih kerap juga boleh mengurangi tekanan darah tinggi. Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang menjalani pengubatan cara membuang air kecil selalu (diuretics) perlu juga menjalani ujian 'serumpotassium' yang kerap kerana dikhuatiri pengubatan cara itu boleh mengurangi imbangan potassium iaitu galian pelarut air dari badan.
Kekurangan potassium boleh menyebabkan otot-otot lemah dan denyutan nadi tidak normal, tetapi dengan mengambil makanan yang kaya dengan potassium seperti pisang, limau, buah-buahan kering dan daging tanpa lemak ia boleh mengimbangi kekurangan yang ada.
Cara-cara untuk mengelakkannya
Cara yang lebih tepat untuk mengurangi penyakit ini ialah dengan mengurangkan pengambilan kalori, mengimbangi berat badan dengan ketinggian anda serta makan beraneka jenis buah-buahan di samping kerap melakukan senaman 'aerobic' termasuk jogging, berbasikal, berenang dengan pantas juga boleh membaiki sistem 'cardiovascular' anda. Pesakit juga perlu mengurangkan penggunaan garam yang merupakan satu keperluan yang tidak dapatdielakkan.
Pengarah Pusat Hypertension Hospital New York — Pusat Perubatan Universiti Cornell, Dr. John Laragh yang juga pakar 'hypertension' berpendapat adalah satu pengorbanan yang sia-sia sahaja menahan penggunaan garam harian bagi mereka yang mempunyai tekanan darah yang normal.
Katanya, masyarakat Jepun mengambil garam dua hingga empat kali ganda lebih banyak dari masyarakat Amerika, tetapi kebanyakan mereka dapat hidup purata empat hingga lima kali tahun lebih lama dari kita.
Sukatan 'renin enzyme' buah pinggang, sebuan mesin tekanan darah, mungkin dapat menjelaskan hubungan 'hypertension' dengan penggunaan garam — bagaimanapun, dari hasil kajian Dr. Laragh, hanya 20 hingga 30 peratus dari pengidap 'hypertension' mempunyai kaitan dengan masalah penggunaan garam. Malah mereka dapat mengimbangi semula keadaan dengan hanya mengurangkan penggunaan garam dalam diet mereka.
Bagaimanapun jika didapati tekanan darah anda lebih tinggi dari biasa, kemungkinan anda harus mengurangi penggunaan garam.
Garam yang tidak ketara (hidden salt) berkemungkinan besar boleh menimbulkan masalah yang lebih besar dari bahan perasa yang boleh dirasai, umpamanya sebuah kotak kecil 'cornflakes' mengandungi garam dua kali ganda lebih banyak dari kacang tanah bergaram yang sama banyaknya.
Kekurangan kalsium dalam badan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Kesihatan di Oregon yang menumpukan perhatian kepada cara pemakanan dari 90 orang dewasa, dan mendapati kira-kira 46 orang dari mereka mempunyai tekanan darah tinggi mengambil kurang kalsium dari-pada 44 orang yang mempunyai tekanan darah normal.
Susu dan lain-lain keluaran dari susu, seperti keju dan yogurt me-rupakan bahan-bahan utama bagi mendapatkan garam.
Anda harus memberikan perhatian yang serius bagi menentukan tekanan darah yang betul dan normal. Untuk itu haruslah ditentukan bahawa anda mengamalkan sikap suka bersenam yang dapat membantu mengurangkan penderitaan anda di masa akan datang malah juga boleh menyelamatkan nyawa anda.
Bagaimana BioVCO Boleh Membantu Mengatasi Masalah Tekanan Darah Tinggi?
BioVCO dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri (salur darah).
Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat.
Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah. Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi).
Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO Secara Kosisten
BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara
>> Ia tidak mengandungi dadah, tiada bahan pengawet
>> 100% organik dan proses penghasilannya secara bioteknologi
>> Selamat dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna
>> Terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna
>> Produk telah dijual secara online sejak hampir 3 tahun
>> Kajian oleh pihak IPTA tempatan selama 8 tahun
Sihat tanpa ubat, selamat dan terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna sejak 2005.
Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.
Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!