Oleh Norainon Othman
Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit
tiroid akibat pembesaran kelenjar
tiroid.
Kelenjar
Tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.
Namun, pengeluaran hormon
tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya
tiroid.
Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, banyak faktor menjadi punca penyakit
tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon
tiroid.
Sel
tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar
tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.
Menurutnya, ada
tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar
tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri.
Menurutnya, di Malaysia, kes
tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas.
Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah
tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.
Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit
tiroid. Kadangkala, penyakit
tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon
tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak.
Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser
tiroid. Dalam keadaan serius, kanser
tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan.
“Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi
tiroid nodul.
“Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil,” katanya.
Dr Chan berkata, ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah.
“Jika bengkak terlalu lama, hormon
tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon
tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan,” katanya.
Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser
tiroid akan dibedah.
Punca :
-
kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
-
kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran
-
goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid
-
radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid
-
genetik
-
Autoimmune Graves Disease
Gejala hyperthyroidism:
-
bengkak di leher
-
degupan jantung yang cepat
-
cepat marah
-
cepat berpeluh
-
tidak tahan cuaca panas
-
tangan bergetar
-
kitaran haid tidak teratur
-
sentiasa gelisah
-
penurunan berat badan
-
rambut gugur
-
masalah sukar tidur (insomnia)
-
bengkak di sekeliling mata
-
kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
-
cirit-birit
-
ubuh badan lemah
-
osteoporosis
Gejala hypothyroidism:
-
kurang tenaga
-
rasa sejuk
-
denyutan jantung perlahan
-
kemurungan
-
berat badan bertambah
-
kurang daya ingatan
-
kulit kering
-
rambut gugur
-
sembelit
-
beguk
-
nafsu seks turun
-
suara serak