WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja
, kata Profesor C.T. Tan
, Presiden Persatuan Sains Neuro
.
Simptom tertentu seperti kebas atau pertuturan yang tidak jelas boleh berlaku tiba-tiba tetapi keadaan yang sebenarnya (dikenali sebagai penyakit cerebrovascular) hanya akan dikesan bertahun-tahun selepas serangan strok berlaku
.
Bagi mencegah serangan itu
, mereka yang mempunyai risiko untuk diserang perlu mengetahui faktor yang mengakibatkannya
.
Sungguhpun tiada faktor risiko yang dapat dielak seperti umur
, sejarah keluarga dan jantina (lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita)
. Prof. Tan berkata
, 70 hingga 80 peratus strok berpotensi untuk dihalang
.
Rawatan awal terhadap tekanan darah tinggi adalah cara yang paling efisien untuk menghalang serangan strok
.
Tekanan darah tinggi berlaku pada 60 hingga 70 peratus pesakit strok dan 50 peratus kes kencing manis mempunyai tekanan darah tinggi
.
Tekanan darah tinggi atau hipertension adalah sesuatu yang biasa
. Namun kebanyakan orang yang menghidapnya berasa sihat dan tidak sedar mereka mempunyai masalah - walaupun tekanan darah mereka sudah sampai ke tahap yang membahayakan
.
Ia tidak mempunyai simptom yang dapat dikesan, menyebabkan mereka hanya mengetahuinya kali pertama apabila mereka terkena
. atau Transient Ishemic Attack (TIA) yang dikenali juga sebagai strok kecil
.
Secara umumnya, jantung berdenyut sekitar 70 hingga 80 kali seminit
. Ia menyalurkan darah melalui arteri ke segenap bahagian badan - ia kembali ke jantung melalui vena
.
Tekanan darah ialah kekuatan yang dikenakan ke atas otot arteri oleh darah yang mengalir ke jantung melalui tubuh badan
.
Tekanan yang berlaku apabila otot jantung mengepam dikenali sebagai tekanan darah sistolik - yang lebih tinggi daripada dua angka dalam bacaan tekanan darah
. Tekanan dalam arteri apabila otot jantung mengendur dikenali sebagai tekanan diastolik - angka rendah pada bacaan
.
Kebanyakan doktor kini percaya bacaan tekanan darah yang normal sepatutnya tidak lebih daripada 140/90 bagi lelaki dan wanita
. Sekiranya bacaan tekanan darah kerap melebihi 140/90 pada dua keadaan, anda mempunyai tekanan darah tinggi
.
Tekanan darah tinggi memberikan tekanan kepada pembuluh darah
. Ia boleh menyebabkan pembuluh menjadi tebal dan rosak, yang mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengalirkan darah melaluinya
. Perubahan ini boleh menyebabkan masalah yang serius termasuk strok
.
Ia berpunca daripada beberapa sebab. Tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan ketulan kolestrol dan kandungan lemak terbebas daripada dinding arteri, menyebabkan arteri di otak tersumbat
.
Ia mengakibatkan pembentukan selaput pada arteri menjadikan ia lebih mudah tersekat oleh ketulan darah
. Dan tekanan yang berlebihan boleh mengakibatkan pembuluh darah pecah, menyebabkan pendarahan dalam otak, satu lagi punca strok
.
Prof
. Tan menyarankan supaya orang ramai membuat ujian tekanan darah tinggi sekurang-kurangnya sekali setahun dan mereka yang berumur di bawah 30 tahun, dua kali setahun bagi mengelak sebarang masalah yang tidak diingini
.
Sekiranya anda dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, jangan panik
. Tekanan darah tinggi yang rendah dan sederhana boleh dirawat
. Lebih cepat lebih baik
,