Manfaat Lemak Dari Badan Sendiri

Manfaat Lemak Dari Badan Sendiri atasi dengan minyak kelapa dara BioVCO Selepas perkataan bermadu, perkara lain yang paling ditakuti oleh golongan wanita ialah lemak. Lemakyang selama ini digeruni wanita membawa pelbagai masalah kerana menjadi punca utama kepada faktor kegemukan dan obesiti.

Bagaimanapun kaedah terkini yang dipanggil pemindahan lemak telah mengubah persepsi mengerikan terhadap pepejal yang selama ini dianggap langsung tidak berguna kepada manusia.

Sebahagian lemak, selepas diproses masih mempunyai manfaat kepada wanita, kata doktor Hakim Hamzah dari klinik estetik Ayu Jelita, Ampang, Selangor.

Bekas pensyarah sakit puan di sebuah hospital di ibukota ini memberitahu, kaedah pemindahan lemak atau fat transfer menjadi rutin rawatan kecantikan yang paling terkini, popular dan dipercayai ramai.

Apa itu fat transfer?

Secara umumnya pemindahan lemak ialah satu prosedur yang dilakukan bagi memindahkan lemak di sesuatu bahagian badan, kepada satu bahagian badan yang lain.

Sebagai contoh, lemak di bahagian paha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka. Prosedur ini hanya mengambil masa antara 20 ke 30 minit kerana ia tidak terlalu rumit untuk dijalankan.

'Prosedur fat transfer sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pembedahan kosmetik. Bagaimanapun hari ini, ia juga digunakan bagi tujuan kesihatan termasuklah pembinaan semula payu dara bagi wanita yang berhadapan dengan kanser payu dara,' kata doktor Hakim lagi.

Bagaimanapun menurut beliau, tidak semua lemak dalam badan boleh dipindahkan kerana kualitinya yang berbeza-beza. Kebiasaannya, lemak di bahagian perut kurang sesuai untuk diaplikasi sebaliknya sementara yang terbaik pula berada pada bahagian peha dan punggung.

Lemak buat wanita cantik

Menurut doktor Hakim lagi, fungsi lemak amat penting dalam membentuk kecantikan serta keanjalan kulit di bahagian tertentu pada badan manusia.

Misalnya, pada usia 16 hingga 27 tahun, taburan lemak dalam badan wanita masih berada di tempat yang sepatutnya. Lemak ini berada di lokasi strategik dan kelihatan cantik, justeru dalam usia berkenaan ia dianggap sebagai zaman keemasan bagi seorang wanita.

'Lemak-lemak inilah yang mencantikkan payudara, punggung dan juga tempat-tempat tertentu seperti pipi dan dagu. Maka dengan itu, dalam usia lingkungan 16 sehingga 27 tahun, setiap wanita memiliki struktur badan paling indah, selain kulit yang halus mulus, licin dan segar bermaya,' katanya.

Bagaimanapun memasuki usia 29 tahun keadaan mula berubah. Proses kematangan usia, graviti, tekanan mental dan fizikal akibat bersalin dan kerja seharian, menjadikan keindahan itu merosot sedikit demi sedikit.

'Otot-otot manusia menjadi semakin aktif, manakala lemak di tempat seperti dagu, pipi, punggung akan terhapus hari demi hari. Proses semulajadi ini seterusnya mengakibatkan kulit mulai kendur, timbul lekuk-lekuk pada permukaan wajah selain pigmentasi yang semakin jelas bertompok.

'Di sinilah teknologi mengambil bahagian. Melalui prosedur pemindahan lemak ini, ia mampu mengembalikan semula kecantikan seseorang wanita apabila tempat kosong dan terjejas itu diisikan semula.

'Kita pindahkan lemak yang berada di tempat yang tidak sepatutnya, ke tempat yang sepatutnya ia berada,' katanya.

Kaedah selamat, lebih efektif

Jika bercakap dari sudut kaedah rawatan kecantikan, apakah yang membezakan antara kaedah ini dengan botox mahupun filler yang telah sekian lama digunapakai?.

'Bezanya ialah, kaedah pemindahan lemak ini dianggap lebih selamat. Ia juga tidak akan menjejaskan ujian kanser kerana hanya menggunakan produk daripada badan individu itu sendiri. Ini bermakna, risiko penolakan jarang berlaku.

'Berbanding penggunaan kaedah lain, pemindahan lemak ini lebih selamat kerana ia serasi dari segi biologikal,' katanya.

Selain itu sel lemak juga tidak pernah menjadi barah yang berbisa dalam badan dan ia boleh dipindahkan pada mana-mana bahagian terutamanya di muka, bibir dan buah dada bagi proses pemuliharaan.

'Fat transfer menjadi pilihan terkini juga sudah tentu kerana kos yang efektif. Prosedur ini tidak membuatkan pelanggan berasa membazir dibandingkan dengan perkhidmatan kecantikan yang lain,' katanya lagi.

Apa yang penting, menurut beliau prosedur ini tidak mengubah bentuk wajah asal seseorang. Jika botox menegangkan dan filler boleh membuatkan dagu atau hidung berubah bentuk menjadi lebih mancung, prosedur ini sebaliknya memberikan kesan keaslian kepada pemiliknya.

'Prosedur ini hanya memberi semula sel baru (stem cell) yang telah hilang. Apabila sel baru diaplikasi, wajah kelihatan jauh lebih muda berbanding sebelumnya.

'Ini yang berlaku apabila lemak-lemak yang telah hilang diisi semula ke bahagian yang sepatutnya ia berada,' katanya.

Diet dengan BioVCO

Manfaat lemak | Gemuk banyak Lemak rawatan dan sihat tanpa ubat Kesan peransang yang terdapat didalam produk-produk untuk menurunkan berat badan menyebabkan ramai pengguna mula menjauhkan diri daripadanya. Tahukah anda? terdapat cara yang lebih baik untuk menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa perlu mengambil produk yang mengandungi bahan kimia yang diolah. Rahsianya ialah dengan cara meningkatkan metabolisma, peransang semulajadi tanpa kesan sampingan ialah dengan mengambil BioVCO.

BioVCO terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana. Trigliserida didalam asid lemak rantaian sederhana boleh meningkatkan metabolisma kerana ia mudah dihadam dan ditukar kepada tenaga. Asid lemak rantai panjang, seperti minyak politaktepu, adalah lebih sukar untuk dipecahkan dalam sistem penghadaman untuk digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, asid lemak rantai panjang biasanya disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan bahawa asid lemak rantaian sederhana tiga kali lebih berkesan untuk meningkatkan metabolisma daripada asid lemak rantai panjang. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa menggantikan asid lemak rantai panjang dengan asid lemak rantaian sederhana adalah satu kaedah yang berkesan untuk penurunan berat badan. Satu lagi kajian daripada jurnal yang sama menunjukkan asid lemak rantaian sederhana boleh meningkatkan metabolisma dan juga membantu membakar lemak yang disimpan didalam tubuh.

BioVCO boleh membantu menurunkan berat badan

- BioVCO melambatkan proses pencernaan makanan, membantu anda agar sentiasa kenyang. Ramai orang mendapati bahawa selepas mereka mengambil minyak kelapa dara untuk diet mereka, mereka kurang mengambil makanan ringan.

- Kerana ia melambatkan proses pencernaan, minyak kelapa dara juga membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah selepas makan dengan memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukos dalam darah.

- BioVCO juga baik untuk detoksifikasi. Ia membersihkan saluran penghadaman dan membantu mengaktifkan semua sel-sel di dalam badan. Ini akan dapat memulihkan kesihatan dan membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.

Tip menggunakan BioVCO untuk Meningkatkan metabolisma

- Mulakan dengan jumlah yang sedikit. Jika anda tidak pernah mengambil minyak kelapa sebelum ini, mulakan dengan satu sudu sehari dan secara perlahan-lahan tingkatkan kepada 2 hingga 6 sudu makan sehari. Ini akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan kesan-kesan dan faedah minyak kelapa dara.

- BioVCO yang anda pilih adalah amat penting. BioVCO adalah bersifat Organik dan ia adalah pilihan yang terbaik kerana ia mengekalkan semua kebaikan semulajadi.

TESTIMONI Pengguna BioVCO

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Apa kata Pelanggan?

Resdung

Resdung

Manfaat Lemak Dari Badan Sendiri atasi dengan minyak kelapa dara BioVCO
Manfaat lemak | Gemuk banyak Lemak rawatan dan sihat tanpa ubat

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2