Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia | Masalah Jerawat

JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya bagaikan mimpi ngeri kepada golongan wanita yang mementingkan kecantikan kulit, terutamanya kulit muka.

Bagi sesetengah wanita, ton warna sekata dan kulit bersinar adalah lebih penting daripada nilai wang ringgit. Namun, tidak kurang juga yang menjadi mangsa kerana tersalah pilih cara untuk merawat kulit muka sehinggakan keadaan kulit menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Perkara pertama yang perlu difahami di sini adalah mekanisme dan punca jerawat berlaku di samping kaedah rawatan terbaik untuk mengatasinya dan mengekalkan kesihatan kulit.

Jerawat boleh terbentuk melalui empat mekanisme utama iaitu:

* kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum akibat rangsangan hormon androgen.

* folikel pilosebaceous yang tersumbat memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman yang cepat seperti bakteria Propionibacterium acnes.

* kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan pertumbuhan sel-sel yang cepat mengisi ruang folikel pilosebaceous (plugepitelium folikular).

* inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman Propionibacterium acnes.

Pakar Perubatan Am & Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani menjelaskan, masalah jerawat berpunca daripada kombinasi beberapa faktor seperti keturunan, hormon, jangkitan, psikologi dan bahan kimia.

“Hormon testesteron boleh menyebabkan aktiviti kelenjar sebum terlalu aktif sementara kajian menunjukkan 45 hingga 82 peratus individu yang menghadapi masalah jerawat mempunyai ahli keluarga dengan masalah serupa.

“Selain bakteria Propionibacterium acnes yang membiak pada permukaan kulit, bahan kimia kosmetik seperti iodide, bromit, litium dan setengah ubat juga boleh menyebabkan jerawat,” katanya.

Menurut beliau, faktor psikologi juga memainkan peranan di mana stres kehidupan boleh merangsang pembentukan jerawat dengan lebih mudah. Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan beberapa jenis jerawat, mengikut berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran.

Rawatan


Menurut Dr. Noraziah, rawatan untuk mengatasi jerawat bergantung kepada jenis dan tahap keseriusannya.

“Jerawat yang ringan boleh dirawat dengan menggunakan krim seperti benzyl peroxide, azelic acid, isotretinoin dan adapalene, atau krim antibiotik seperti erythomycin dan clindamycine.

“Jerawat yang sederhana dan serius pula akan memerlukan bahan selain krim, termasuk rawatan sistemik menggunakan ubat oral seperti antibiotik tetracyeline, doxycyeline atau minocyelina,” jelas beliau.

Dr. Noraziah menegaskan, masalah mungkin timbul dengan penggunaan antibiotik yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kuman punca jerawat, Propionibacterium acnes, membentuk ketahanan (resistant) terhadap antibiotik tersebut.

Dr. Noraziah menyatakan pil hormon juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk kaum wanita dengan masalah jerawat.

“Untuk jerawat yang serius, terdapat juga ubat khas yang dinamakan isotretinoin yang boleh digunakan.

“Ubat ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi pakar kulit bertauliah kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan jika disalahgunakan,” jelasnya.

Cerita mangsa


Pemenang Anugerah Sri Angkasa 2004, Haliza Misbun merupakan antara mereka yang sering dibelenggu masalah jerawat.

Namun, pembentukan jerawat selepas lawatan ke Eropah baru-baru ini menjadi titik permulaan kerosakan kulit mukanya akibat memilih cara rawatan yang tidak sesuai.

“Kulit muka saya mula menjadi merah-merah semasa di Eropah ketika cuaca sejuk dan kemudian menjadi lebih teruk selepas pulang ke Malaysia yang beriklim panas.

“Jerawat mula timbul dalam bentuk ketul-ketulan sehingga saya malu untuk keluar rumah, menutup muka dengan rambut dan menggunakan alat solek tebal untuk menyorokkan jerawat,” katanya.

Haliza mendedahkan dia telah banyak menghabiskan duit menjalani bermacam bentuk rawatan muka tetapi tetap tidak menampakkan hasil yang diharapkan.

“Sebelum ini saya pernah mencuba rawatan stim muka sebelum mencungkil keluar jerawat. Kaedah ini cuma memburukkan lagi keadaan kulit muka saya.

Selain menggunakan krim untuk menggalakkan pembersihan kotoran secara semula jadi, produk yang digunakan juga tidak menghakis lapisan kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi nipis. Peluh, sinaran matahari dan juga solekan lebih mudah menjejaskan kulit jika lapisan perlindungan dihakis sebelum kulit baru tumbuh bagi menggantikannya.

Oleh itu, Haliza memilih untuk berkongsi pengalamannya dan menekankan betapa penting memilih kaedah rawatan yang sesuai mengikut kulit wanita Asia.

“Orang kita taksub dengan produk kecantikan luar. Tiada ‘rahsia’ dalam satu botol untuk rawatan semua jenis kulit kerana pengurusan kulit berbeza mengikut individu dan perlu bersesuaian dengan iklim setempat.

“Walau ada yang marah, saya tetap berpendapat rawatan stim dan cungkil keluar jerawat merupakan cara rawatan untuk kulit warga Eropah yang tinggal dalam cuaca sejuk,” dakwanya.

Tambah Haliza, ramai rakyat Malaysia yang percaya jerawat perlu dibuang serta-merta tanpa memikirkan pendekatan yang diambil mungkin tidak sesuai dan akan merosakkan kulit muka.

Haliza yang kerap bersenam kini mengamalkan pembersihan muka dengan segera selepas bersenam bagi mengelakkan pengumpulan kuman dan kotoran dari peluh.

“Saya juga gunakan krim pelindung cahaya matahari (sunblock) ketika di luar dan juga menggunakan krim sebelum disolek ketika bekerja bagi mengelakkan bahan solekan menembusi ke dalam kulit.

“Dahulu makanan juga boleh menyebabkan kulit saya naik jerawat tetapi kini saya tidak perlu lagi berpantang dengan mengamalkan cara pembersihan dan penjagaan kesihatan kulit yang sesuai untuk wanita Asia,” katanya.

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia Minyak Kelapa Dara

Rahsia Jerawat dan Rawatan dengan Minyak Kelapa Dara

Rawatan Jerawat dengan Minyak Kelapa Dara


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2