Ketahui Cara Kurangkan Kolesterol

Kolesterol - Penyakit jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi.. BioVCO
Kepercayaan tidak sepatutnya mempengaruhi corak pengambilan makanan, khususnya bagi mereka yang ada masalah kesihatan. 
 
Bagaimanapun, ada satu perkara yang perlu diingat iaitu cara memasak sangat penting untuk mengurangkan lemak dan kalori dalam semua sajian. Kalau anda makan di luar, pesan makanan yang dikukus, bukannya bergoreng.
 
“Beringat juga apabila mengambil makanan sampingan seperti kerepek, biskut dan kek. Bukan tidak boleh ambil langsung tetapi bersederhana kerana makanan ‘kecil’ seperti ini memberi sumbangan besar dalam pertambahan kalori.
 
“Kini banyak keluarga yang makan di restoran. Malangnya, set yang mempunyai lapan hingga 10 bahagian hidangan mengandungi kalori yang sangat tinggi dan ia juga merangsang kepada masalah terlebih makan. 
 
“Jadi, jika anda dan keluarga merancang untuk makan di luar, jangan memesan terlalu banyak makanan. Pilih sajian ringkas kerana apa yang lebih penting ialah bergembira dapat makan bersama-sama,” katanya.
 
Benarkah pendapat yang mengatakan minum teh Cina dapat membersihkan lemak yang dimakan? Tidak. Pendapat ini tidak benar, kata Indra. 
 
Teh Cina tidak boleh membasuh lemak yang masuk ke dalam perut, tetapi ia kaya dengan bahan antioksidan yang dapat membantu menguatkan sistem imun. Malah ia pilihan lebih baik berbanding minuman berkarbonat yang banyak dihidangkan dalam mana-mana perayaan.
 
Apa yang menarik, pada musim perayaan ini, kaum Cina terutama keluarga yang mementingkan pengambilan sayur-sayuran akan tetap menghidangkan sajian berasaskan sayur untuk memastikan makanan dihidang seimbang.
 
Penulis juga adalah orang yang menantikan kedatangan Tahun Baru Cina kerana inilah masanya untuk menikmati limau mandarin sepuas hati. Soalnya, limau yang hanya ada setahun sekali ini dimakan banyak? Ya, kata Indra. Ini kerana limau mandarin mempunyai ciri yang menarik iaitu: 
 
Ia terdiri daripada 85 peratus air dan hanya mengandungi 64 kalori. Ini menjadikan ia snek rendah kalori terbaik terutama untuk mereka yang menjaga atau mahu mengurangkan saiz pinggang.
 
Setiap limau mandarin memberikan kita dua gram serat dan ia adalah makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi.
 
Dengan kandungan lebih 50 peratus daripada pengambilan vitamin C harian anda, limau mandarin juga sangat baik untuk kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.
 
Penglihatan anda turut mendapat kebaikan limau mandarin ini kerana ia menyumbangkan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengambilan vitamin A harian. Vitamin ini membantu menghasilkan pigmen retina untuk penglihatan yang baik.
 
Bagi pesakit diabetes, perlu berhati-hati kerana limau mandarin ini manis. Justeru, jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa kerana ia boleh menaikkan paras gula dalam darah. Jumlah yang disarankan ialah sebiji pada satu masa.
 

Baca Lebih Banyak Info Kesihatan Disini

cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2