Apabila badan anda dalam keadaan alkali, anda kurang cenderung untuk mengalami penyakit kronik. Lakukan ini dengan selalu mengambil makanan beralkali.
Ada beberapa jenis
makanan beralkali tinggi
yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.
6 jenis makanan beralkali tinggi yang terbaik dan patut diambil setiap hari untuk hidup yang lebih sihat dan bertenaga adalah:
1) Sayur-sayuran jenis ubi
Contohnya seperti lobak, ubi bit, keledek dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat "yang" mengikut tradisi cina. Ia mempunyai sifat penyembuh dan mengandungi lebih mineral berbanding jenis sayur-sayuran yang lain.
2) Sayur-sayuran Cruciferous
Contohnya adalah seperti kobis, bunga kobis, brokoli, brussel sprout dan lain-lain. Sayur-sayuran ini bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai anti oksidan yang tinggi. Juga sangat kuat menentang kanser.
3) Bawang Putih
Bawang putih adalah sejenis makanan yang mempunyai keajaiban, bawang putih selalu muncul di bahagian atas senarai begitu banyak makanan yang memberikan kesihatan keseluruhan, begitu juga dengan makanan alkali.
4) Bayam
Bayam dikenali terutamanya kerana vitamin K yang kaya dan kandungan folat, bayam juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksida dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan juga penglihatan.
5) Lemon
Lemon adalah makanan beralkali yang paling bagus. Dengan sifatnya sebagai makanan beralkali yang baik lemon membantu merancakkan fungsi hati dan membantunya membuang toksin dengan lebih baik lagi.
6) Cayenne Peppers (Cili Merah)
Sebagai sebahagian daripada keluarga makanan beralkali
yang kuat, lada tropika yang mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin, cili merah adalah antara makanan beralkali yang tinggi. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
Baca Lebih Banyak Info Kesihatan Disini