Kita sudah biasa mendengar apa itu penyakit resdung. Ia sering di kaitkan dengan rasa kegatalan pada bahagian hidung, sehingga membuat orang yang mengidapnya rasa tidak selesa.
Tahukah anda, penyakit
resdung antara penyakit yang merbahaya? Jika anda tidak merawatnya dengan segera, ia boleh menyebabkan maut. Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.
Resdung atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat, apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung atau hama yang boleh terus merebak ke dalam tubuh pesakit.
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung.
Punca&Gejala
-
Hidung selalu tersumbat
-
Lendir dari hidung dan tekak
-
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
-
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
-
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
-
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Pencegahan
-
Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
-
Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
-
Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
-
Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.
Penjagaan Diri
-
Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
-
Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
-
Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
-
Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
-
Berehatlah secukupnya. Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.