Ramai rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran terhadap kesihatan masing-masing. Mengambil inisiatif sendiri dengan berkunjung ke klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan kesihatan, termasuk ujian darah.
Yang paling muda datang remaja berusia 16 tahun. Kalau begitu mudah dan sihat walafiat, ujian darah ini mungkin hanya pembaziran.
Kebanyakan simptom yang biasa dirasai setiap hari, seperti penat, rasa lemah, rasa demam hakikatnya suhu badan normal, pening dan sebagainya adalah tanda badan kita berasid. Ini bermaksud terdapat banyak toksin dalam badan yang menghalang fungsi badan yang normal.
Kali ni saya nak berkongsi tanda-tanda apabila badan anda berasid. Masalah ini jika tidak diatasi dengan segera akan membawa kepada penyakit yang lebih besar, termasuk yang paling ditakuti, iaitu kanser.
Badan berasid boleh dibahagikan kepada 3 peringkat.
Peringkat awal : sedikit berasid
Antara tanda-tanda asid terbentuk dalam badan anda ialah sering pening atau sakit kepala, lendir dalam dada dan sering batuk-batuk, sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk tanpa sebab, sering pedih ulu hati, kehendak terhadap seks menurun, sakit otot, lesu, jerawat, sembelit, sakit kepala, sindrom pra-haid, sering panik atau gemuruh dan kencing berbau keras.
Mungkin pada tahap ini anda rasa ini masalah biasa mungkin sebab ramai yang ambil lewa saja masalah diatas. Sekiranya tiada tindakan diambil untuk meneutralkan asid berlebihan ini, asid akan terus berkumpul dalam badan dan anda akan masuk ke peringkat kedua.
Peringkat kedua : lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan.
Badan menjadi bengkak, gegata, mati pucuk, migrain, ekzema, endometriosis, psoriasis, tekanan perasaan, insomnia, bronkitis, sinusitis, asma, alergi, jangkitan kulat, virus dan bakteria.
Sekiranya tiada tindakan juga diambil, atau hanya simptom dirawat, maka badan akan masuk ke peringkat terakhir badna berasid.
Peringkat akhir : Peringkat yang lebih teruk
Mungkin anda boleh mendapat kanser, skizophrenia, SLE, arthritis, TB, multiple sclerosis.
Pada peringkat ini, anda mungkin sudah mendapat rawatan yang sesuai untuk menyembuh atau mengawal penyakit anda.
Makanan punca badan berasid.
Terdapat hadis Rasulullah “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok segala pengubatan (Hadis riwayat Al-Darimi). Jadi, tak hairanlah jika makanan yang menjadi punca badan berasid.
badan berasid boleh menyebabkan kanser
Contoh makanan yang berifat asid dan alkali. Keseimbangan adalah sangat penting.
Jika anda perasan, kebanyakan makanan kegemaran ramai ialah berasid, jadi tak hairanlah jika manusia sekarang lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit metabolik.
Cara mengatasi masalah ini ialah semudah mengurangkan semua makanan yang bersifat asid dan banyakkan makanan bersifat alkali untuk meneutralkan kembali asid dalam badan.
Rahsia Minum Air Selepas Bangun tidur semasa Perut Kosong
5 Tanda Anda Ada Kencing Manis
6 Gejala Kolesterol Tinggi