Tekanan darah tinggi sering diabaikan kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Penyakit tekanan darah tinggi juga mengambil masa yang lama malah ia mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan kita kurang berminat untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa tekanan darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Tekanan darah tinggi atau hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.
Tekanan Darah @ Hipertensi
Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.
Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.
Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.
Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.
Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya.
Secara purata, dianggarkan satu per tiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean.
Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.
Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.
Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.
Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal.
Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi.
Ini termasuklah:
Jenis Hipertensi
Hipertensi essential (HE)
Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.
Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.
Hipertensi sekunder
Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
Gejala
Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.
Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah?
Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.
Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.
Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.
Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.
Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.
BioVCO Membantu Masalah Darah Tinggi
BioVCO dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan.
Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri (salur darah). Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat.
Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah.
BioVCO boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan.
Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah ke seluruh badan.
BioVCO mengandungi asid lemak rantai sederhana (MCFA). Dimana ia adalah sumber MCFA daripada alamsemulajadi.
BioVCO yang mengandungi MCFA adalah berbeza dengan minyak lain dimana kandungan omega-6 molekul lemaknya adalah lebih rendah.
MCFA yang terkandung di dalam BioVCO tidak berubah menjadi prostaglandin dan boleh melemahkan kesan asid lemak omega-6.
Biasanya selepas satu bulan atau lebih mengambil BioVCO setiap hari, ia boleh turun turun ke 120/80 dan 110/70. Pengambilan yang syorkan ialah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas mengamalkannya Secara Kosisten?