Apa itu jerawat? Mengapa ada jerawat? Bagaimana mahu mengatasinya? Bacalah artikel ini dan belajar lebih banyak tentang JERAWAT..
Jerawat merupakan keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan menunjukkan terdapat hampir 50 jenis jerawat yang menjadi masalah kepada kaum wanita mahupun lelaki.
Jerawat atau Acne Vulgaris, iaitu masalah kulit yang berlaku pada pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit.
Masalah jerawat dialami oleh golongan remaja dan dewasa.
Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik hitam.Bintik-bintik hitam ini mengandungi sumbatan sebum iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Selain itu, masalah jerawat juga berpunca dari pertumbuhan bakteria propionibacterium acnes yang mengisi ruang folikel rambut.
Kekotoran ini akan berada dalam keadaan yang terbuka mahupun tertutup. Sekiranya ia terbuka, maka akan terjadi bintik-bintik hitam pada kulit manusia akibat proses pengoksidaan.
Jika ia tertutup, tisu yang bernanah akan terbentuk dan mengakibatkan keradangan pada kulit.
Masalah jerawat akan dikategorikan sebagai 'ringan' sekiranya jumlah lesi kurang dari 30.
Jumlah lesi dari 30-125 akan dikategorikansebagai masalah jerawat 'sederhana'. Apabila jumlah lesi melebihi 125, maka masalah jerawat akan berada dalam kategori 'kronik'.
Jerawat sering menyerang remaja yang berusia 14-19 tahun kerana perubahan hormon.
Jenis-jenis jerawat
Jerawat Ringan: Hanya terdapat sedikit bintik hitam dan jerawat.
Jerawat Sederhana: Anda akan mengalami banyak jerawat pada wajah dan kemungkinan pada bahagian dada dan belakang.
Jerawat Kronik: Anda akan mengalami banyak nodul besar dan terasa sakit pada bahagian muka, dada, belakang dan anggota badan yang lain.
Radang pada kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan minyak atau sebum secara berlebihan dan menyebabkan saluran kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, whiteheads akan terbentuk dan mengakibatkan jerawat. Sekiranya masalah kelenjar minyak tersumbat semakin teruk, bintik hitam pula akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat.
Punca Jerawat
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif karana penghasilan dan perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.
Hormon yang dimaksudkan adalah hormon testosteron. Hormon ini akan ditukarkan kepada 'dihidrotestosteron' di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik. Individu yang sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan.
Kisah Dongeng sang Jerawat
Mitos 1: Jerawat terjadi kerana kurang penjagaan kebersihan
Sekiranya anda mempercayai kenyataan ini, pastinya anda akan menyental kulit wajah anda dengan kuat ketika membersihkanya. Tahukah anda, tindakan anda akan makin memburukkan keadaan? Jeraway tidak berpunca dari kekotoran atau minyak pada permukaan kulit. Anda tidak seharusnya menggosok kulit muka anda dengan kuat, kerana ini akan mengakibatkan keradangan pada kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan membersihkan wajah dengan gosokan lembut sebanyak 2 kali sehari. jika perlu, gunakan ubat rawatan jerawat yang sesuai dengan kulit muka anda.
Mitos 2: Jerawat kerana makanan.
Sebuak kajian saintifik telah membuktikan pertumbuhan jerawat langsung tidak berkaitan dengan pengaruh makanan. makanan seperti kacang, coklat, atau makanan berminyak yang lain tidak menyebabkan jerawat. bagi yang terlalu percaya dengan mitos ini, mereka telah menyekat selera makanan mereka kerana perkara ini. Sekiranya masalah jerawat dirawat dengan betul, pengambilan apa saja jenis makanan tidak akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat.
Mitos 3: Tekanan hasil jerawat
Tekanan yang dialami bukan faktor yang menyebabkan jerawat. Tekanan teruk yang dirawat dengan pengambilan ubat boleh merangsang pertumbuhan jerawat. jerawat mungkin tumbuh kerana kesan sampingan ubat tersebut. sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat selepas mengambil sebarang pil atau ubat, ada bauknya anda merujuk masalah ini kepada pakar.
Mitos 4: Makan Coklat, Tumbuh Jerawat!
Sama sekali tidak benar. sebeuah penyelidikan oleh sekolan perubatan Universiti Missouri menunjukkan amalan memakan coklat tidak mempengaruhi pertumbuhan jerawat.
HAKIKATNYA....Jerawat terjadi kerana:
a) Saluran tersumbat apabila kotoran terperangkap dalam minyak.
b) Alirankeluar minyak secara berlebihan.
c) Jangkitan bakteria.
d) Tindak balas psiologikal berkaitan hormon dalam aliran darah.
Apa Perlu Saya Buat???
1. Cuci muka dua kali sehari. Gunakan pembersih muka bertestur lembut dan mencuci bersih hingga ke dalam.
2. Elakkan diri anda dari terdedah kepada sinaran matahari. Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti luar seperti sukan, gunalah produk pelindung matahari yang tidak menyebabkana alahan.
3. Jangan sesekali menyentuh atau memicit jerawat menggunakan tangan.
4. Jangan tukar produk pembersihan muka secara kerap. Gunakan yang sesuai dengan kulit muka anda sahaja.
Cara Mengatasi Jerawat Dengan Menggunakan BioVCO
Apakah peranan BioVCO untuk rawatan Jerawat?
BioVCO adalah sumber daripada dua agen anti mikrob yang paling kuat ditemui dalam bahan makanan. Ia mengandungi Asid kaprat dan Asid laurik. Kedua-dua jenis Asid juga terkandung didalam air susu ibu, dimana ia berfungsi untuk melindungi bayi dari jangkitan.
Apabila disapukan pada kulit, beberapa jenis mikrob (yang baik) terdapat pada kulit menukarkan asid ke Monocaprin dan Monolaurin, ia akan menggantikan lapisan asid sebagai pelindung kulit. ini dapat mengelak jangkitan mikrob dan tiadalah jerawat! Ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan luaran, pengambilan BioVCO dengan cara meminum 2 sudu setiap hari akan memberikan perlindungan secara dalaman.
BioVCO merupakan sumber yang kaya vitamin-E. Ia akan menjadikan kulit anda sihat dan memastikan berfungsinya kelenjar sebum dan membersihkannya daripada tersumbat, ia mengubati punca yang menyebabkan berlakunya masalah jerawat. BioVCO apabila disapukan pada kulit, ia mudah diserap dan mengelakkan keradangan kulit yang menyebabkan berlakuknya jerawat.
BioVCO dapat membantu menyembuhkan berbagai jenis luka pada kulit yang disebabkan oleh jerawat. Ia juga dapat membantu metabolisme berfungsi dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung mempengaruhi dan menyeimbangkan hormon dan secara tidak langsung mencegah berlakunya jerawat.
Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO?
Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.
Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!