Bagai digigit nyamuk 1,000 ekor pada satu masa. Bayangkan betapa peritnya keadaan yang perlu dihadapi penghidap ekzema setiap hari.
Bukan itu sahaja, rasa gatal itu lazimnya akan diakhiri dengan ruam merah, kulit mula menjadi berair, bengkak, berdarah, serta akhirnya menjadi kering dan bersisik sebelum kembali kepada keadaan asal jika penghidapnya mempunyai tabiat suka menggaru.
Lazimnya, tindakan menggaru sukar dikawal jika penghidap
ekzema adalah bayi dan kanak-kanak, apatah lagi jika mereka ditinggalkan kepada pengasuh mahupun pusat asuhan kanak-kanak.
Keadaan ini menjadi pemangkin masalah
ekzema berlaku dengan lebih buruk sehingga mengganggu rutin harian serta proses perkembangan kanak-kanak.
Ekzema kedengaran tidak berbahaya, namun penyakit yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering, bersisik dan sangat gatal, mampu mengganggu psikologi golongan kanak-kanak.
Berjuta kanak-kanak dan orang dewasa menderita akibat
ekzema di seluruh dunia, namun sehingga kini tiada satu pun ubat atau rawatan ‘ajaib’ yang mampu menyembuhkan penyakit itu sepenuhnya.
Ekzema berlaku apabila kondisi kulit penghidap kering dan menjadi gatal, yang berpunca daripada faktor genetik dan persekitaran seperti habuk, makanan, bahan kimia, cuaca, tekanan, bakteria dan pencetus alahan.
Apabila berlakunya
ekzema, kulit penghidap akan menjadi gatal, kemerah-merahan serta berair dan berdarah jika bayi atau kanak-kanak itu menggaru bahagian yang mudah terkena
ekzema seperti di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.
Menurut Perunding Dermatologi Pediaterik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon, kanak-kanak yang menghidap
ekzema sangat menderita jika ibu bapa gagal menguruskan penyakit kulit itu dengan baik.
Katanya, faktor kesibukan ibu bapa bekerja dan menyerahkan tugas menguruskan kanak-kanak
ekzema menyebabkan penyakit itu bertambah buruk dan sukar dipulihkan.
“Bayi berusia dua bulan sudah boleh menghidap
ekzema jika ibu bapanya memiliki masalah alahan kulit atau asma kerana penyakit kulit ini sangat berkait rapat. Jika disebabkan faktor genetik, masalah
ekzema lebih mudah dikawal.
“Bagaimanapun, jika ekzema menyerang ketika bayi berusia enam bulan iaitu sewaktu mereka telah mengenal makanan pejal, ibu bapa perlu mengambil perhatian serius kerana mungkin terdapat makanan yang boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk.
“Pun begitu, sangat kecil peratusan ekzema disebabkan alahan makanan atau susu lembu, namun ibu bapa perlu mengawasi agar bayi dan kanak-kanak tersebut kurang terdedah dengan keradangan kulit yang boleh mencetuskan kegatalan,” katanya ketika merasmikan Bulan Kesedaran Ekzema Kebangsaan (Nezam) baru-baru ini.
Katanya, kesilapan utama ibu bapa dalam menguruskan anak penghidap ekzema adalah sering menganggap ekzema boleh dipulihkan dengan krim atau rawatan tertentu
“Ibu bapa perlu sedar, tiada ubat, krim atau rawatan moden atau tradisional yang mampu mengubati ekzema dengan kadar segera jika mereka tidak berusaha untuk menguruskan dengan betul dan mengikut nasihat doktor.
“Malah sikap mereka yang mahu mencari pelbagai rawatan hanya memburukkan keadaan anak-anak serta mengundang tekanan emosi mereka.
“Ekzema tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi boleh dikurangkan keadaannya melalui pengurusan ekzema yang betul selain pendedahan ilmu tentang penyakit kulit ini yang merangkumi pengurusan persekitaran.
“Sebab itu, saya selalu memberitahu pesakit saya terutama kanak-kanak bahawa menghidap ekzema seperti berlari marathon kerana mungkin sukar untuk menemukan ubat-ubatan yang berkesan, tetapi jangan putus asa kerana pasti suatu hari nanti dan rawatan yang berhasil,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Dr. Kin Fon turut menjelaskan bahawa tiada risiko atau bahaya dalam penggunaan steroid bagi merawat masalah ekzema.
Jelas beliau, penggunaan jumlah steroid yang betul adalah sangat baik untuk kulit penghidap ekzema kerana mampu mengurangkan permukaan kulit yang mengalami keradangan terutama apabila permukaannya telah bengkak dan berair.
“Apa sahaja ubatan yang digunakan dengan lebih akan memberi risiko tetapi jika digunakan dengan kadar yang ditetapkan akan mambantu pesakit. Sama juga dengan penggunaan steroid dalam krim ekzema yang dapat membantu kulit penghidap menjadi lebih baik, malah tanggapan salah ibu bapa yang mendakwa penggunaan steroid akan menipis dan merosakkan kulit anak mereka adalah salah.
“Apabila anda ke hospital, doktor akan memastikan tahap ekzema anak anda dan daripada situ mereka akan menetapkan sama ada krim jenis steroid atau tidak perlu digunakan ke atas kulit anak mereka,” jelasnya yang turut menegur sesetengah ibu bapa yang menggunakan konsep ‘ekstra’ adalah lebih baik dalam penggunaan steroid.
Manfaat BioVCO Untuk Mengawal Ekzema
Mengurangkan bakteria
Asid laurik dalam BioVCO membantu mengurangkan kehadiran bakteria, kulat, dan virus pada kulit. Ini membantu untuk menghapuskan risiko jangkitan yang disebabkan oleh menggaru kulit gatal.
Mengikut abstrak yang dilaporkan dalam Journal of the American Chemists Society, asid laurik mempunyai sifat antimikrobial, menjadikannya berkesan untuk mengurangkan bakteria, kulat, dan virus.
Asid Laurik juga menjadikan BioVCO sangat menyerap, meningkatkan manfaat sebagai pelembabnya.
BioVCO Membantu Mengurangkan Keradangan dan Kesakitan
BioVCO mempunyai sifat anti-radang semulajadi dan ia juga mampu untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan
ekzema.
Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas Mengamalkannya?
TUNGGU !!!
JIMAT RM10 + FREE Postage
Untuk Tempoh TERHAD .....
Ambil Tindakan SEKARANG sebelum tawaran ditutup !!!
Baca Juga Info Kesihatan Berikut :
9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan