Goiter boleh berlaku disebabkan oleh hipo
tiroid atau hiper
tiroid. Ia kadang-kadang boleh disebabkan oleh tumor atau nodul yang membesar di dalam kelenjar
tanda tiroid.
Jika anda mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah, itu adalah beberapa
tanda tiroid yang anda sedang mengalami gangguan
tiroid.
Apakah yang menyebabkan gangguan, tanda tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?
Hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit
tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.
Tiroid nodul dan hipotirod kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.
Tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3.
Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.
"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisma badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan.
Apakah tanda tiroid atau hipertiroid?
-
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid.
-
Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun.
-
Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.
-
Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.
Apakah tanda tiroid atau keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroid?
Penyakit Graves ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini.
Ia disebabkan faktor keturunan.
Badan pesakit yang mengalami hipertirod selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.
Masalah Goiter.
Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan.
Adenoma toksik.
Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan.
Apakah anda mengalami tanda tiroid (hipertiroid) berikut?
-
Selera makan semakin bertambah.
-
Berat badan mula menurun.
-
Kerap membuang air besar.
-
Mudah marah.
-
Menggeletar jari tangan.
-
Berdebar-debar.
-
Terasa panas.
-
Sering berpeluh.
-
Mata terjojol.
-
Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.
-
Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.
-
Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki.
Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan.
Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik.
Apakah hipotiroid?
Manakala hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin.
Hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.
Atau Apakah anda mengalami tanda tiroid (hipotiroid) berikut?
-
Pesakit akan menjadi gemuk.
-
Badan mereka sering terasa sejuk.
-
Malas.
-
Kuat tidur.
-
Lembap.
-
Ingatan terganggu.
-
Kaki membengkak
Tanda Tiroid atau Gangguan tiroid juga boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera
Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin atau
ubat tiroid seumur hidup.
Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.
Apakah tiroid nodul?
Tiroid nodul adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul.
Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.
Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration.
Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.
Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan.
Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.
Apakah hipotiroid kongenital?
Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.
Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.
Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.
Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.
Hipotirod kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.
Apakah postpartum tiroiditis?
Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak.
Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin.
Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.
Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid.
Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon melalui tanda tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.
Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.
BioVCO boleh membantu anda untuk mengatasi masalah tiroid anda dan memulihkan tahap hormon tiroid yang normal.