Bengkak Dileher Kerana Masalah Tiroid

Penyakit tiroid dan TIROID bengkak pada bahagian leher dengan keadaan individu bertubuh kurus dan mata terjojol, ada kemungkinan ia sedang mengalami masalah tiroid

Bengkak kelenjar tiroid biasanya disebabkan oleh penyakit goiter. Tiroid yang memperbesar dapat dilihat apabila ia mula membengkak di bahagian depan leher. 

Goiter boleh berlaku disebabkan oleh hipotiroid atau hipertiroid. Ia kadang-kadang boleh disebabkan oleh tumor atau nodul yang membesar di dalam kelenjar tanda tiroid.
 
Jika anda mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah, itu adalah beberapa tanda tiroid yang anda sedang mengalami gangguan tiroid.
 
Apakah yang menyebabkan gangguan, tanda tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?
 

Ada pelbagai jenis tiroid.

 
Hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.
 

Tiroid nodul dan hipotirod kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

 
Tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.
 

"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisma badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan.

 

Apakah tanda tiroid atau hipertiroid?

 
  • Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid.
  • Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. 
  • Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.
  • Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.
 
Apakah tanda tiroid atau keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroid?
 
Penyakit Graves ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini.
 
Ia disebabkan faktor keturunan.
 
Badan pesakit yang mengalami hipertirod selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.
 
Masalah Goiter.
 
Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan.
 
Adenoma toksik.
 
Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan.
 

Apakah anda mengalami tanda tiroid (hipertiroid) berikut?

 
  • Selera makan semakin bertambah.
  • Berat badan mula menurun.
  • Kerap membuang air besar.
  • Mudah marah.
  • Menggeletar jari tangan.
  • Berdebar-debar.
  • Terasa panas.
  • Sering berpeluh.
  • Mata terjojol.
  • Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.
  • Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.
  • Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki.
 
Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan.
 

Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan.

 
Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik.
 
Apakah hipotiroid?
 
Manakala hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin.

Hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.
 

Atau Apakah anda mengalami tanda tiroid (hipotiroid) berikut?

 
  • Pesakit akan menjadi gemuk.
  • Badan mereka sering terasa sejuk.
  • Malas.
  • Kuat tidur.
  • Lembap.
  • Ingatan terganggu.
  • Kaki membengkak
 

Tanda Tiroid atau Gangguan tiroid juga boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera

 
Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin atau ubat tiroid seumur hidup.
Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.
 
Apakah tiroid nodul?
 
Tiroid nodul adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul.
Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.
 
Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration.
 
Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.
 
Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan.
 
Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.
 
Apakah hipotiroid kongenital?
 
Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.
 
Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.
 
Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.
 
Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.
 
Hipotirod kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.
 
Apakah postpartum tiroiditis?
 
Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak.
 
Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin.
 
Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.
 
Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid.
 
Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon melalui tanda tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.
 
Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.
 
 

 

Mengatasi Masalah Tiroid Dan Bengkak Dileher Dengan BioVCO

 
BioVCO adalah pemakanan semulajadi yang telah terbukti membantu mengatasi pelbagai gangguan tiroid dan bengkak di leher.
 
Sebagai produk berasaskan tumbuhan, BioVCO telah diamalkan oleh ramai pengguna sejak tahun 2005 dan terbukti sebagai rawatan yang berkesan untuk mengatasi gejala yang berkaitan dengan gangguan tiroid dan bengkak di leher.
 

Dengan bahan semulajadinya, BioVCO membantu mengurangkan keradangan dan bengkak pada leher, serta membantu mengimbangi tahap hormon dan meningkatkan kesihatan tiroid secara keseluruhan.

 
Selain itu, BioVCO boleh membantu meningkatkan metabolisma, meningkatkan kejelasan mental, dan mengurangkan risiko masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan tiroid dan bengkak leher. 
 
Hasilnya, BioVCO adalah pemakanan semulajadi yang berkesan untuk mereka yang mengalami gangguan tiroid dan bengkak leher.
 

7 Sebab Mengapa Anda Mesti Amalkan BioVCO untuk mengatasi Masalah Tiroid


  1. Dengan BioVCO, anda boleh memulihkan keseimbangan hormon tiroid anda, meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.


  2. BioVCO sebagai makanan tambahan anda untuk membantu mengurangkan pembengkakan tiroid dan mengekalkan keseimbangan hormon anda.

  3. Anda akan mula melihat pengurangan pembengkakan tiroid dan keradangan keseluruhan dalam beberapa hari selepas mengamalkan BioVCO.


  4. BioVCO memberikan kelegaan pantas untuk bengkak yang tidak selesa dan membantu anda berasa bertenaga.

  5. Dengan BioVCO, sistem imun anda mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk kekal sihat dan kuat.


  6. Rasai perbezaan dengan BioVCO - kurangkan tekanan dan kebimbangan supaya anda boleh menikmati kehidupan!

  7. BioVCO ialah cara terbaik untuk mendapatkan kelegaan daripada gejala berkaitan tiroid tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya.


 

Bukti daripada TESTIMONI Pengguna selepas mengamalkan BioVCO.



Penyakit tiroid adalah masalah umum yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh Anda. Masalah terjadi ketika ...

Apabila menyebut mengenai tiroid, pasti setiap individu membayangkan penghidapnya akan mengalami bengkak pada bahagian leher yang ...

Hipertiroidisme dan hipotiroidisme, dua masalah kesihatan sering dikaitkan dengan perubahan mahupun gangguan hormon tiroid.

Penyakit tiroid adalah masalah umum yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh Anda. Masalah terjadi ketika ...

Apabila menyebut mengenai tiroid, pasti setiap individu membayangkan penghidapnya akan mengalami bengkak pada bahagian leher yang ...



Rawatan Tiroid Tanpa Ubat

 

BioVCO boleh membantu anda untuk mengatasi masalah tiroid anda dan memulihkan tahap hormon tiroid yang normal.
 

Dengan BioVCO, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga, penghadaman yang lebih baik dan fungsi kognitif yang lebih baik.

 

Bertindak sekarang dan dapatkan BioVCO untuk mengembalikankan semula kesihatan anda!


Dapatkan SEKARANG !!!